Bila mak dah sound makan kat rumah, on saja! Hehehe. Syok makan ramai-ramai kat rumah mak. Selalunya yang dewasa makan dulu, barulah turn budak-budak.
Ni cerita malam tadi. Saya tak masak, bawak ikan tenggiri masin je pergi umah mak. Selalunya kami adik-beradik memang konsep potluck je kalau makan ramai-ramai gini.
Menu malam tadi di rumah mak
Dari kiri ke kanan:
1. Siput Sudu (kupang hijau) rebus cili dan serai, cicah kicap picit cili perah limau
2. Ikan tenggiri masin (ikan long masin) lawan sayur labu masak lemak
3. Kari kambing
4. Dabai rendam kicap Mahsuri Extra Pedas
Tiada dalam gambar, sayur labu & cangkuk manis masak lemak. Rupanya lupa nak snap. Tak ingat pulak nama BM bakunya sayur apa. Hihihi.
Excited borak dengan adik pasal siput sudu ni, sampai terlupa nak ambik gambar siput sudu sebelum dimasak. Adik beli dari kawannya dari Kota Samarahan,fresh lagi, tapi dah siap kopek kulit, sebab senang kawan dia nak bawa ke ofis. First time kami makan, sedap sebab rasanya tak berpasir macam kerang.
0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!