Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Dating. Show all posts
Showing posts with label Dating. Show all posts

27/06/2020

Tuk Tuk For First Timer

June 27, 2020 0 Komen
Dari PKP sampailah PKPP ni #TheIMANs 4 beradik belum lagi ke shopping mall. Last mereka ke shopping mall ialah sebelum PKP ari tu, 15 Mac 2020, tu pun sekejap je ke Aeon untuk beli baju raya lepas tu terus jer balik. Nasib baik jugak kami shopping terus baju untuk diorang raya walaupun tak dapat beraya at least adalah jugak baju raya kan? 

So sejak PKP ni memang kami laki bini jer lah keluar. Masa PKP1 dulu masa tu tak boleh berdua dalam 1 kereta tapi Encik Suami benarkan Puan Bini ni keluar top up stok dapur seminggu sekali. Dia takut bini dia stress tak keluar umah kalau dia pegi shopping barang dapaur. Pastu si bini pulak memang tak harap laki dia nak beli barang barang, kalau sikit jer takpe lagi, kalau banyak heeee baik Kakmim sendiri pegi.

Kami selalu dating sejak selepas raya... haha! Masa sebelum raya tu jarang jugaklah nak ke shopping mall, mungkin sebab puasa jugak kot. Tapi lepas raya, hampir setiap minggu kami dating. Hihihi. Baru lah merasa dating lagi. #theIMANs pun dah tak kisah dah kami dating sebab kalau balik jer mesti ada habuan untuk diorang. Ye lah sebelum dating tu macam² dah diorang pesan.

So hari ni kira 1st time jugaklah dating siap makan². Selalunya shopping jer pastu tapau makanan then balik umah makan dengan #theIMANs. Hari ni special sikit, kitorang lunch kat Tuk Tuk. Lama dah rasa nak makan kat sini tapi barulah hari ni berpeluang nak try.

Kami try set A tu yang ada Tilapia sup tomyam sebagai main course nya

First time makan kan taktau lagi set mana yang sedap & berbaloi. So pilih set A tu sebab dapat makan ikan, dapat makan tom yam jugak. 2 in 1. Kakmim ni kan hantu ikan, wajiblah makan ikan, lagipun setiap set tu memang ada chic wing goreng.

Sementara tunggu order.. hihihi


Bila menu sampai. Berdebar jugak, agak-agaknya habis tak tomyam tu? Haha


Banyak jugak portion nasiknya, beras wangi pulak tu. Kangkung goreng belacan tu pun sedap. Chic wing pun sedap cicah pulak dengan sos thai.Yummy!!


Setiap set tu memang termasuk 2 air, milk tea & green tea. Milk tea tu biasa jer, green tea pulak memang rasa green tea la.. hahaha... Kakmim memang bukan peminat green tea so green tea biar je Encik Suami uruskan. Kah kah.


Makan time!! Kita selfie dulu ๐Ÿ˜€

So lepas ni boleh dah bawak #theIMANs makan kat sini sebab dah tau dah nak order apa. Boleh jer set A tu makan untuk 6 beranak, just top up nasi je.  Berbaloi-baloi. Tapi entah bilalah ada keberanian nak bawak diorang 4 beradik tu ke shopping mall.








 




06/05/2019

Selamat Berpuasa!!

May 06, 2019 0 Komen
Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan blogger ๐Ÿ˜Œ macam mana sahur hari pertama ni? Anak-anak nak bangun ke idok?? Masak sendiri ke tapau jek? Atau ada delivery mangkuk tingkat? Saya ari ni sahur dengan husband jek di hotel. Call #theimans je yang berada di rumah nenek diorang. Huhu.


Bengkel sampai esok so lusa baru merasa buka di umah. Tapi takpe at least dapat jugak sahur dan buka bersama husband. Rezeki room mate dok bilik kawan sekolej dengan dia so daripada saya sorang better ajak husband temankan di bilik. Lepas sahur dia geraklah balik ke Putrajaya sana. Hihi.

Sepatutnya bulan² puasa startlah enjin awal, mulakan keja awal. Ni tak, jam 9 nanti baru nak mula. Mati kutu pulak tak tau nak buat apa dah ni. Nangis je lah ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

15/10/2009

Makan sebelum pantang

October 15, 2009 0 Komen

Aku dan Encik Suami tak sedar pun yang kami sebenarnya penggemar makanan Jepun. Sepanjang pregnant memang aku tak sentuh pun sushi. Kalo tak, pegi jer The Spring mesti terasa nak makan sushi. Sebenarnya kan aku nak sangat makan Golden Ball kat Sushi King tu tapi Encik Suami tak bagi. Golden Ball tu telur jer tapi dah suami tak bagi, ikut jer la cakap dia kan.

Malam tadi jalan-jalan cari breast pump. Bila misi dah berjaya harus la mengisi perut pulak kan? Hehehe. Aku takde plak rasa nak makan apa. Nak makan tauhu jepun yang kat Restoren RasaMas yang kat Boulevard tu jer tapi aku berada di The Spring. Tak mungkin akan dapat tauhu jepun tu. So pergi la jalan-jalan cari makan. Memula pergi The Chicken Rice Shop tapi takde set meal yang menarik perhatian pun. Beberapa kali dah try nak pergi situ tapi masih jugak takde perasaaan. Tetiba teringin nak makan teppanyaki. Hmm.. last makan tahun bila ntah kat food court KLCC. Aku gitau Encik Suami rasa nak makan teppanyaki dan Encik Suami pun on. Green light!

Yeay...! Seronoknya. Suka suka.

:minimo_41:

Aku order teppanyaki chicken set meal. Ada green tea sekali tapi aku tak reti minum green tea. Aku order apple juice dari kiosk lain je.

Encik Suami plak order sukiyaki beef + fragrant rice. Nasi putih la. Hehehe. Tapi tak berapa sedap la sukiyaki beef ni. Aku tak suka. Tapi telur tu aku suka malangnya Encik Suami tak bagi aku makan sebab telur tu half-cooked. Takpe lah, demi baby.

Hmm... sedapnya. Tapi kalo teppanyaki tu dia tukar taugeh instead of kobis lagi sedap. Nyum nyum. Nanti bila baby dah keluar baru bleh makan kat Sushi King. Sabar sabar. Hehehe.

post signature

27/01/2009

Cuti-Cuti CNY

January 27, 2009 10 Komen
Cuti 4 hari aku tak ke mana pun. Nak pergi honeymoon pun macam tak puas jer 4 hari. Nak apply cuti? Macam tak dapat jer. Pengarah aka Mr BB aku menghilangkan diri! Balik travelling terus tak jenguk ofis. Macam lepas tangan jer?

Kronologi:

Sabtu: Aku pergi bawak adik aku Iqah dan Farhan jenjalan, nengok wayang. Kami dah gerak dari umah kol 10 pagi lagi. Ingatkan nak nengok MAUT tapi bila ke Riverside takde pun ceta tu. Kena tipu hidup-hidup dengan Cinema Online. Isk. So kitorang gi nengok ceta INKHEART. Not bad movie, ala-ala BEDTIME STORIES jugak.


Ahad: Pergi kenduri kawen umah bf adik aku di Landeh. Mr Hubby oncall so dia sorang je tak ikut. Hari ni macam rewind balik hari kawen aku sebab ulang tayang baju-baju kurung. Kah kah kah.

Isnin: CNY. Gong Xi Fa Cai. Gerak dari umah jam 10 ke umah Liu & Mr Chow then ke umah Dr. Tan. No angpau okeh, maklum dah married. Huhuhu. Pas balik dari umah Dr Tan, Mr Hubby dah tak larat. Kenyang dan ngantok, terus balik umah sebab dia nak tido, malamnya teruk kena call kes orang gaduh. Malamnya nengok RED CLIFF 2. Memang ceta yang ditunggu-tunggu. Tapi sebelum tu jenguk jugak ke Riverside manatau MAUT ada main tapi takde jugak. Hampeh. Sib baik RED CLIFF 2 tak menghampakan.

Selasa: Dok umah jer. Masak. Nenek & makcik semua berkumpul lunch di umah. Bosan? Tak jugak la, tapi sok nak keja. Malas, kelas jam 8. Sok my turn plak driving till Jumaat.

DAH.

Nak iron baju. Nak nengok slaid untuk besok. Nak tido. Daa~


post signature


10/01/2009

Syhh...

January 10, 2009 18 Komen
Dah 4 hari hujan non-stop. Banyak dah area kat Kuching yang banjir. Tapi aku bukan nak ceta pasal banjir, aku nak ceta pasal makan. Hehehe. Tadaaa....


Nengok tak signage tu? Jeng jeng jeng...



Syhh.. jangan gitau mak aku ek. Aku gi Sushi King ngan Mr Hubby tadi. Tak tahan la wei nak makan sushi. Teutamanya Golden Ball nih. Macam Dragon Ball la pulak ek, tapi ni bukan mutiara naga tau. Ni sebenarnya telur rebus yang digoreng ngan breadcrumb dan kat atasnya ada salad mayonis. I like. Nyum nyum..



Susah betul tau nak berpantang. Udang memang ar aku tahan sebabnya aku memang tak suka udang. Apatah lagi pas kena alergik tu makin la aku benci udang. AKU BENCI UDANG, ok! Semua spesis udang terutamanya udang kara aka lobster. Tapi macam sotong goreng tepung tu, mana la aku tahan. Bau nye jer dah menggegarkan iman aku. Tolong la. Aku nak sangat makan sotong goreng tepung. Tolong lah. Tapi kat Sushi King takde sotong goreng tepung. Tempura jer ada. Aku pun dah lupa camne rasa tempura. Huhuhu.

Disebabkan nak mengelakkan diri daripada makan sushi yang pelik-pelik, aku pun setuju bila Mr Hubby nak order menu baru yang kami tak pernah cuba ni.



Hehehe. Ada lagi menu baru yang tak pernah cuba. Memang la tak sedar diri. Tapi, ni daging jer. Kalo daging aku tak fobia sangat. Sebab bukan sea food. Hehehe.



Rasanya macam daging yang dimasak dengan sos tiram, tapi bukan sos tiram. Diorang guna kicap manis orang Jepun tu. Dan ada mix vege, makanan favourite aku. I like. Nyum nyum. Hehe.

Sebenarnya tadi pergi The Spring sebab nak survei external hard disk. Survei je. Sib baik Mr Hubby dapat dicool-downkan daripada terus membeli di situ. Memulanya memang nak ke Saberkas sebab lagi banyak pilihan tapi jem giler mak aih. Tak tau lah, ujan lebat pun ramai yang keluar shopping. Mungkin shopping untuk CNY kot. Pastu alang-alang dah di The Spring nak carik baju kaler merah untuk jalan raya masa CNY nanti. Hehehe. Nak baju merah baru, 1 untuk aku, 1 untuk Mr Hubby. So pergi la Padini, tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Mr Hubby plak yang beli baju kemeja kerja. Jeles memang jeles tapi sabar je la. FOS kan ada. Tapi bila gi FOS pun tak jumpa yang kenan di hati. Takpe lah. Tak majuk pon.

Tapi. Sebab dah tak jumpa apa-apa tu, mesti la nak mamam best. Sound kat Mr Hubby terasa nak sushi. Gelak-gelak-gelak, uh, mesti tak dapat ni. Tapi kan. Dia OK jer. Boleh, boleh, boleh. On jer. Oops.. adakah aku bermimpi? Oh, tidak... nang nya terus ajak masuk Sushi King aih! Hahaha. Apalagik, suk la tek walaupun hati sik juak berapa nyaman. Ne ndak hari ya pas makan apa-apa ntah di sia terus kena macam-macam. Suka gilak encoba barang makan pelik-pelik. Pasya, muka ko diat, agik rasa ko! Terkena rah dirik pun. Huhuhuh. Tapi nang nyaman. I love Sushi King. Hehehe.



Licin sudah semuanya sekali. Pas makan mata Mr Hubby pun dah garfield plus-plus gitu. Kutuk ler aku lagi mata garfield, kutuk. Hahaha. Tau jugak yer mulut tu reti diam. Dia diam jer wa cakap lu. Riso lak aku. Sebab Mr Hubby ni jenis yang tak reti diam. Mulut dia tu asik nak bercakap ajer. Kekadang malas jugak nak layan kalo aku takde mood. Hehehe.


Tapi kan, best tau dating lepas kahwin ni. Lagi best daripada dating sebelum kahwin. Tak caye, try lah. Nikah lah dulu baru dating. Huhuhu.

Ooops.. sori mak sik tahan nak pantang makan. Ampunnnn....!




12/10/2008

Dating, sunyi dan hanging

October 12, 2008 11 Komen


Aku dan dia dah lama tak tengok wayang.
Sejak bulan puasa hari tu, kitorang pun 'puasa' nengok wayang gak.
Aku pun tak tau dah ceta apa yang best sekarang ni.
Masa raya hari tu dia ada ajak nengok 'Senario'.
Aku sebenarnya tak suka sangat 'Senario' nih.
Lagipun hari masih raya.
Memang mood nak nengok cerita tu takde.
Tambah-tambah lagi banyak umah yang tak diziarah.
Nak pergi nengok wayang plak.
Tak sedap hati aku nih.
Nanti apa pulak kata mak aku.
Orang pergi visit umah sedara-mara, aku plak nengok wayang.
Orang Serawak tak beraya nengok wayang la.
Raya? Berjalan la umah urang.
Huhuhu.



Bila adik-adik aku (si murai & si mrs bean) dah balik kampus.
Sunyi la. Boring pun jugak.
Dah terbiasa riuh-rendah sepanjang puasa dan raya.
Bila diorang balik, tak bestnya.
Nak memeriahkan suasana, si dia la selalu lepak di umah.
Orang datang umah, tolong layan.
Aku masak untuk orang datang, dia pun tolong habiskan.
Tunang aku ni bagus, dia suka makan.
Makin la aku suka masak bila dia suka makan.
Aku takut gak kalo dia gemok masa bersanding nanti.
Hehehe.
Tapi, takpe la.
Jangan la kurus melidi.
Nanti orang cakap aku dera dia plak.
Biar la gemok sikit, kalo gemok senang nak cover kalo orang tanya.
"Hati senang."
Hahahahaha.
Boleh kan camtu?

Bila asik terperap kat umah, boring gak.
Nak buat kerja? Malas.
Pergi la kuar dating.
Adik-adik aku asik nak ikut jer.
Boring la asik bawak budak 2 ekor tu jer.
Tak kawen lagi dah jalan heret budak.
Sekali-sekala tu takpe la jugak.
Hehehe.
Bila dah takde idea nak buat apa, kitorang gi Pusat Seni Suara.
Hahaha.
Kelakar.
Dah lama tak lepas gian ni.
Ooopss...



Kalo nak tau Pusat Seni Suara tu ialah karaoke box.
Aku suka panggil 'karaoke jamban' jer.
Hihihihi.
Murah jer 1 lagu = RM1
Janji dapat lepas gian.
Lepas gian melalak ok.
Bukan lepas gian apa.
Dapat la melalak sepuas-puas hati.
Aku peduli apa.
Orang lain pun sama jer.
Bukannya remaja jer yang lepak sini.
Ada yang tua-tua pun ada aku nengok.
Lagipun kat situ clean jer, tak gelap.
No smoking, no alcohol.
Terjaga rapi.
Kesimpulannya tak mencurigakan la.
Ada gak karaoke jamban yang aku pernah gi yang gelap.
Yang jaga kaunter pun ala-ala gangster gitu.
Yang camni harus dielakkan.
Takut jugak.
Kang tak pasal-pasal masuk lokap lak I.
Mau haru-biru jadinya.

Esok hari Isnin.
Kerja!!!
Adoi. Takde mood la.
Rumah pun sunyi jer.
Bapak demam lagi.
Nampak gaya bila dah start keja melepak dalam bilik jer la malam-malam.
Nak lepak kat bawah macam seram jek.
Mak pun dah start keja gak besok.
Gerenti semuanya akan tido awal.
Makin sunyi la.
Diorang selalunya pas dinner nengok tv kat atas jer then terus tido.
Aku? Kalo tak dating, tido jugak la kot, ataupun update blog.
Tapi aku suka curi masa kat ofis nak update.
Hihihihi.

Sekarang ni jiran keliling semuanya diselubungi misteri.
Akibat kes 'hanging' tu la.
Ada jugak yang kata arwah tak bunuh diri tapi kena bunuh.
Tapi... tetap jugak 'terbunuh'.
Di rumah tu.
Dan rumah tu kosong, takde pun famili berjemaah ke baca yassin ke di situ.
Dan khabarnya wife arwah tu nak cari orang yang nak sewa umah tu.
Sewa untuk bayar bil air dan elektrik jer pun takpe.
Ada ke yang sudi?



Aku takleh nak bayangkan.
Petang besok bila aku balik kerja.
Aku keseorangan di umah.
Kerana selalunya aku akan sampai dahulu daripada parents aku.
Sebelum ni aku tak pernah takut.
Tapi sekarang ada takut-takut ler jugak.
Bukan aku sorang jer.
Jiran-jiran aku pun sama.
Entah apa yang ditakutkan.
Tapi seram tu memang ada.

16/09/2008

Tempat-tempat bersejarah

September 16, 2008 10 Komen
:head_05:
Hai, kawan-kawan,

Pernah sampai ke Kuching, Sarawak tak? :cinonet_46:Tak pernah? Meh kita nengok piccas ni kejap.


Permandangan ke Kuching Selatan (1) dari Medan Pelita.


Permandangan ke Kuching Selatan (2) dari Medan Pelita.



Permandangan ke Kuching Utara dari Medan Pelita.



Star Cineplex, Medan Pelita



Sarawak Plaza



Crystal Bowl, BDC



The Spring



Padini The Spring


CT Scan Room, SGH


Raja Ayam Penyet.

Korang tau tak yang bandaraya Kuching terbahagi kepada 2 bahagian pengurusan iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan, makanya di bandaraya Kuching ada 2 Datuk Bandar. Bandar Kuching terletak di bawah pengurusan Kuching Selatan iaitu kawasan parti Roket, satu-satunya kawasan panas di Sarawak (term politik). Ahaks. Abaikan jer, bukan nak cerita pasal panas atau sejuk. Hehehe.

Kuching ni kan, nama jer besar tapi sebenarnya takde hiburan sangat. Kalo dating kan, asik-asik buat aktiviti yang sama jer. Konfirm. Taktau la orang lain. Tapi macam aku la, kalo dating jer nengok wayang. Kekadang sampai tak tau nak nengok cerita apa dah sebab macam semua dah nengok. Wayang kat sini ada 2 jer. Kalo tak kat Riverside Cineplex, aku nengok kat Star Cineplex. Kalo tak nengok wayang, jalan-jalan cuci mata kat Riverside ataupun Sarawak Plaza ataupun The Spring. Sekarang ni dah ada hobi baru, pergi jer The Spring akan tawaf berkali-kali di Padini. Hmm..Pastu kalo terasa nak main bowling, pergi Crystal kat BDC. Tu pun jarang ler sangat nak main bowling. Setahun sekali jer kot. Ahaks. Pastu kalo makan, tunang aku suka sangat makan ayam penyet. Sampai aku tak larat nak nengok ayam penyet tu. Kalo aku takde idea nak makan kat mana, ke Raja Ayam Penyet la destinasinya. Nasib la ko ayam asik kena penyet jer. Pastu kalo dia oncall on weekend maka di hospital la destinasi dating kitorang. Wakakaka.

Oops, tunang aku bukan doktor yea. :cinonet_30:Harap maklum.

Jeng jeng jeng. Sebenarnya piccas yang kat atas tuh kan, semuanya tempat aku dating. Ejeje.


:cinonet_08:Chow Chin See! :cinonet_04:



21/08/2008

Yok dating!

August 21, 2008 5 Komen
Blogging dari kamar bujang saya

Pejam celik pejam celik
Tinggal 3 bulan lebih sikit je lagi saya bergelar anak dara
Lepas tu saya akan bergelar isteri kepada suami saya
Dan student saya akan panggil saya 'Madam'
Oooh tidak..!
Harap-harap diorang tetap panggil saya 'Miss' or 'Cik'
Terasa muda jer
Auuwww...

:puteh_13:

Tadi
Saya dan dia dah berjaya mengambil borang permohonan nikah di JAIS



Sangat segan okay
Semua kat ofis tu pakai baju kurung
Lelakinya bersongkok
Rupanya orang akad nikah di situ
Saya tak tau pun
At last dia suruh saya tunggu dalam kereta
Dan cuma dia yang berurusan di kaunter

Lepas tu kitorang ke RHB
Setelkan apa yang patut untuk 'Persona' hati dia
Masa amat mencemburi kami
Sehingga kami terpaksa terkejar-kejar
Ye la
Takut bank tak sudi lagi menerima kunjungan kami
Nasib baik semuanya on time
Sempat

Destinasi seterusnya di mana kita harus menjilat jari tangan
It's finger licking good okay!
Dia yang masih demam ada hati lagi nak makan itu ini



KFC Hopoh.. destinasi dituju
Bukan dia order ayam jer tapi dia order Zinger jugak
Sementara boleh makan, makan jer la
I tak kisah you
Sebab saya pun suka makan
He he he

Diskus punya diskus
Ekonomi kami tengah merudum sebenarnya
Semuanya kerana Persona itu
Isk..

Saya cakap saya nak join car boot sale Ahad ni
Dia menyokong 101%
At least leh jugak top up sementara payday
Eh, 25hb payday la!
Yeay!

:puteh_20:

Memandangkan cuaca ekonomi yang mendung
Saya taknak tengok movie
Tapi dia nak jugak
Nak jugak..
Ok lah, tengok lah cerita ni



Terasa macam tertinggal LRT
Lama sangat dah tak tengok movie
Last movie hari tu X-Files: I want to believe
Pastu baru nengok lagi hari ni



Sadisnya movie ni pun tak tengok lagi tau



Permandangan dari atas Medan Pelita

Dia Saya

Laptop saya tak boleh open Adobe Photoshop.
Kenapa ek?
Nak edit gambar pun tak boleh.

psst.. oh, saya dan dia tak kerja hari ni.. hehe