Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Hanging. Show all posts
Showing posts with label Hanging. Show all posts

12/10/2008

Dating, sunyi dan hanging

October 12, 2008 11 Komen


Aku dan dia dah lama tak tengok wayang.
Sejak bulan puasa hari tu, kitorang pun 'puasa' nengok wayang gak.
Aku pun tak tau dah ceta apa yang best sekarang ni.
Masa raya hari tu dia ada ajak nengok 'Senario'.
Aku sebenarnya tak suka sangat 'Senario' nih.
Lagipun hari masih raya.
Memang mood nak nengok cerita tu takde.
Tambah-tambah lagi banyak umah yang tak diziarah.
Nak pergi nengok wayang plak.
Tak sedap hati aku nih.
Nanti apa pulak kata mak aku.
Orang pergi visit umah sedara-mara, aku plak nengok wayang.
Orang Serawak tak beraya nengok wayang la.
Raya? Berjalan la umah urang.
Huhuhu.



Bila adik-adik aku (si murai & si mrs bean) dah balik kampus.
Sunyi la. Boring pun jugak.
Dah terbiasa riuh-rendah sepanjang puasa dan raya.
Bila diorang balik, tak bestnya.
Nak memeriahkan suasana, si dia la selalu lepak di umah.
Orang datang umah, tolong layan.
Aku masak untuk orang datang, dia pun tolong habiskan.
Tunang aku ni bagus, dia suka makan.
Makin la aku suka masak bila dia suka makan.
Aku takut gak kalo dia gemok masa bersanding nanti.
Hehehe.
Tapi, takpe la.
Jangan la kurus melidi.
Nanti orang cakap aku dera dia plak.
Biar la gemok sikit, kalo gemok senang nak cover kalo orang tanya.
"Hati senang."
Hahahahaha.
Boleh kan camtu?

Bila asik terperap kat umah, boring gak.
Nak buat kerja? Malas.
Pergi la kuar dating.
Adik-adik aku asik nak ikut jer.
Boring la asik bawak budak 2 ekor tu jer.
Tak kawen lagi dah jalan heret budak.
Sekali-sekala tu takpe la jugak.
Hehehe.
Bila dah takde idea nak buat apa, kitorang gi Pusat Seni Suara.
Hahaha.
Kelakar.
Dah lama tak lepas gian ni.
Ooopss...



Kalo nak tau Pusat Seni Suara tu ialah karaoke box.
Aku suka panggil 'karaoke jamban' jer.
Hihihihi.
Murah jer 1 lagu = RM1
Janji dapat lepas gian.
Lepas gian melalak ok.
Bukan lepas gian apa.
Dapat la melalak sepuas-puas hati.
Aku peduli apa.
Orang lain pun sama jer.
Bukannya remaja jer yang lepak sini.
Ada yang tua-tua pun ada aku nengok.
Lagipun kat situ clean jer, tak gelap.
No smoking, no alcohol.
Terjaga rapi.
Kesimpulannya tak mencurigakan la.
Ada gak karaoke jamban yang aku pernah gi yang gelap.
Yang jaga kaunter pun ala-ala gangster gitu.
Yang camni harus dielakkan.
Takut jugak.
Kang tak pasal-pasal masuk lokap lak I.
Mau haru-biru jadinya.

Esok hari Isnin.
Kerja!!!
Adoi. Takde mood la.
Rumah pun sunyi jer.
Bapak demam lagi.
Nampak gaya bila dah start keja melepak dalam bilik jer la malam-malam.
Nak lepak kat bawah macam seram jek.
Mak pun dah start keja gak besok.
Gerenti semuanya akan tido awal.
Makin sunyi la.
Diorang selalunya pas dinner nengok tv kat atas jer then terus tido.
Aku? Kalo tak dating, tido jugak la kot, ataupun update blog.
Tapi aku suka curi masa kat ofis nak update.
Hihihihi.

Sekarang ni jiran keliling semuanya diselubungi misteri.
Akibat kes 'hanging' tu la.
Ada jugak yang kata arwah tak bunuh diri tapi kena bunuh.
Tapi... tetap jugak 'terbunuh'.
Di rumah tu.
Dan rumah tu kosong, takde pun famili berjemaah ke baca yassin ke di situ.
Dan khabarnya wife arwah tu nak cari orang yang nak sewa umah tu.
Sewa untuk bayar bil air dan elektrik jer pun takpe.
Ada ke yang sudi?



Aku takleh nak bayangkan.
Petang besok bila aku balik kerja.
Aku keseorangan di umah.
Kerana selalunya aku akan sampai dahulu daripada parents aku.
Sebelum ni aku tak pernah takut.
Tapi sekarang ada takut-takut ler jugak.
Bukan aku sorang jer.
Jiran-jiran aku pun sama.
Entah apa yang ditakutkan.
Tapi seram tu memang ada.

10/10/2008

Hanging part 2

October 10, 2008 6 Komen
Sebenarnya 'hanging' nih gelaran yang aku dan adik-adik aku panggil bila nak bercerita pasal kes bunuh diri ni. Kitorang pun tak sangka kes bunuh diri ni boleh terjadi di hari baik bulan baik hari tu. Nak cerita panjang lebar pun aku sendiri pun tak tau kisah sebenar. Cerita-cerita yang kami dengar pun ada banyak version. Entah la, nak baca news pun takde publish dalam news. So dengar cerita orang kiri-kanan jer la.

Kisahnya begini. 25 Ramadhan hari tu, aku balik dari kerja seperti biasa. Sesampainya di umah mak aku gitau ada orang meninggal kat belakang umah, gantung diri. Aku pun terkejut beruk la. Bulan-bulan puasa, gantung diri? Tak beriman ke apa? Tapi benda dah terjadi. Dah dikerjakan pun on 24 Ramadhan. Kitorang yang ketinggalan LRT tak tau cerita orang belakang umah (lorong lain). Lagipun kesnya terjadi siang, masa kitorang takde kat umah, semuanya pergi kerja.

Pada mulanya jiran 1 lorong (Pakcik A) call bapak aku. Ada orang bertanyakan dia betul ke ada orang gantung diri di lorong kitorang, tapi Pakcik A tu tak tau. Tu yang dia tanya bapak aku. Bapak aku pun tak tau apa. Makin ler bapak aku curious. Pakcik A gitau lagi tak mungkin lorong kitorang sebab kat lorong kitorang takde orang kerja MAS. Memang sah bukan lorong kitorang, rupa-rupanya lorong belakang umah aku. Selang 2 buah umah dari umah aku.

Lepas tu, heboh la cerita-cerita kes hanging nih. Yang peliknya umah si hanging nih sunyi-sepi jer so kitorang assume si arwah dikerjakan di umah maknya. Masa tu kan bulan Ramadhan, masa petang-petang bapak aku pergi la bazaar yang dekat dengan umah aku tu. Terjumpa la anak jiran aku (tinggal lorong lain), dia cakap ada ex-schoolmate dia meninggal tapi tak tau lorong mana. Bila aku dengar bapak aku story kisah dia terjumpa anak jiran aku tuh, aku dah syak budak yang meninggal tu 1 sekolah rendah ngan aku dan tua setahun dari aku. Hmm... muda lagi tu, kenapa bunuh diri?

Pastu khabar-khabar angin bertiup kencang, arwah ni bunuh diri kerana tak tahan dikejar along. Betul ke tak aku pun tak tau. Macam-macam cerita la kitorang dengar. Masa raya pun bila berziarah orang sibuk cerita kes hanging nih. Dan kepastian cerita yang boleh dipercayai bila jiran belakang umah aku yang ada di masa kejadian mengesahkan memang arwah tu menggantung diri di tangga umah. Huhuhu. Seram. Betul sangkaan adik aku kat tangga sebab takde tempat lain lagi yang sesuai untuk menggantung diri di umah kitorang nih.



Kat sinilah (anak panah) isteri si arwah menemui arwah tergantung. Wallahualam. Tapi nih umah aku yek bukan umah si arwah. Tapi sepesen jer la dah namanya umah perumahan.

Cerita ni aku tak berani nak kata benar dan sahih. Kalo orang tipu tokok-tambah cerita, aku pun tipu jugak la. For sure yang dah meninggal tu redha jer la, tak baik la nak mengaibkan orang. Takut memang takut kalo malam-malam sebab umah arwah ni memang kosong lepas kejadian tu sampai sekarang. Jiran belakang umah aku (sebelah umah arwah) gitau yang famili dia dah amik barang-barang kat umah tu. Aku sekarang dah ler tido sorang-sorang, kekadang boleh plak aku imagine aku keluar dari bilik nengok ada wayar kat pagar kat tangga tuh (bilik aku berdepan ngan tangga). Sib baik la siang, kalo malam mana la aku berani nak taip kisah ni. Kalo aku takut tunang aku ler jadi mangsa kena layan sms aku sampai la aku tertidur. Hehehehe.



09/10/2008

Hanging

October 09, 2008 3 Komen
Aku sendirian di ruang tamu menggelungsur internet.
Malam ini malam Jumaat.
Aku teringatkan 'hanging'.
Sejak maghrib tadi aku teringatkan 'hanging'.
Mengenangkan rumahnya yang kosong.
Sepi.. sejak mayatnya dikeluarkan dari situ.
Takut, seram, ingin tahu.
Semuanya bercampur-aduk.
Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
Ada sesiapa yang boleh merungkaikan persoalan kenapa ini?

Astaghfirullah...
Al-Fatihah untuk si arwah