Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Self-Reward. Show all posts
Showing posts with label Self-Reward. Show all posts

23/01/2021

Last Self-Reward 2020

January 23, 2021 22 Komen

Last self reward untuk tahun 2020. Beli dengan trusted PS masa Christmast Sale 2020 dulu. Sakit pulak mata tengok sebaris nama yang tak lurus macam tu, tapi apa boleh buat. PS cakap space kecik. Hmm..


Kakmim boleh dikatakan gila handbag jugak. Tak kisahlah murah ke, mahal ke, kalau rasa nak reward diri sendiri akan beli jugak. Bak kata mak Kakmim, "untuk melekat duit". Iyolah tu.


Awal tahun 2021 hari tu Kakmim ada cakap pada diri sendiri, tahun ni nak kurangkan self reward macam ni. Kurangkan beli baju, beli tudung, beli handbag, beli jam. Kasut.. Kakmim jarang beli sebab Kakmim sejenis yang akan pakai sampai betul-betul uzur. Sebab tu suka beli yang branded sebab tahan lama dan paling penting selesa. 


Hari ni 23 hari di tahun 2021. Sampai bilakah Kakmim bertahan? So far baju takde beli online cuma tudung tu ada pre order. Oops. Handbag takde, jam takde. Shopee pun takde. 


Doakan ye bertahan sampai hujung bulan.