Hujung minggu yang panjang plus cuti sekolah. Bukan selalu dapat bangun lambat di hujung minggu. Hujung minggu terakhir di bulan Ogos dapat jugak merasa bangun lambat, tidur balik lepas subuh. Oops.
Memandangkan cuti sekolah, makanya tusyen pun tak ada jugak. Kalau tusyen on, jangan harap la dapat bangun lambat di hujung minggu.
Bila bangun lambat, sarapan pun lambat. Ni sarapan hari Ahad lepas. Takde idea dah nak sarapan apa, godek-godek dapur ada chocolate pancake jenama Noraini tu. Ah, boleh la. Jadi la makan panas-panas. Goreng mee Lee Fah (flat mee) jugak, add on kuih bongkol yang jiran sedekah petang Jumaat hari tu. Simpan dalam fridge makan chill-chill sedapnya.
Lepas sarapan, barulah siap-siap untuk keluar beli stok barang dapur.
Sarapan semalam terus masak spagetti carbonara. Heavy breakfast so lunch boleh la lambat sikit. Sesambil tengok perarakan hari kemerdekaan di tv, sambil masak-masak di dapur.
Semalam seharian tak keluar rumah. Baru setel sarapan, bukak whatsapp grup taman, ada jiran jual bingka kacang hijau. Belilah seloaf, Abang dan ayahnya pegi ambik di rumah jiran lorong sebelah. Ingatkan nak suruh abang jalan kaki je tapi jerebu di luar sangatlah berisiko. Sebab tulah Encik Suami cakap dia drive je abang ke rumah jiran.
Masih suam-suam panas, dapnyer.
Bila dah tak buat apa-apa selalu la scroll-scroll grup taman, ada lagi jiran jual nasi kerabu. Ah, belilah. Tak perlu fikir nak masak apa untuk lunch. Place order dan tak lama lepas tu jiran pun delivery ke rumah.
Sedap sangat, menepati selera seorang Kakmim. Cukup rasa semuanya, kecuali sambal je kurang pedas. Saya suka pedas, hihi. Tapi sedap la, kalau teringin NK boleh repeat order lagi.
Jerebu di Sarawak semakin membimbangkan. Pagi tadi IPU mencecah 400 lebih. Gambar dari depan rumah, lorong sebelah pun dah kabur-kabur asap. Keluar rumah kena pakai facemask sebab bau asap kuat sangat. Bukak pintu rumah pun bau asap masuk ke rumah.
Nasib jam 10 dah turun sikit. Trend semalam memang IPU makin naik sikit-sikit setiap 1 jam sampailah cecah 400 lebih awal pagi tadi.
Banyak event kena tangguh di sini. Nak keluar rumah pun risau, mata pedih, tekak gatal. Sebulan dah jerebu kat sini.







6 Comments
Wah rajin dia masak ye ..simple janji sume kenyang.. jerebu kat kl dah kurang.. maybe semlm hujan jadi xde la teruk sgt jerebu nya. Semoga di sarawak pun bakal kurang jgk la ye jerebunya tu. Jaga diri mim
ReplyDeleteHarap2 masalah jerebu cepatlah berakhir
ReplyDeleteDapatlah sesekali extra waktu tidur kan KakMim.
ReplyDeleteKadang dah heavy breakfast tu petang baru rasa lapar. Dah makan petang, malam tak yah makan dah. Senang kerja. hihihi...
Tapi spaghetti ni walaupun makanan berat tapi macam cepat lapar. Mungkin sebab kita ni lidah melayu yang biasa kena makan nasi baru kenyang kot kan.
Bingka kacang hijau ke, ingatkan kuih bakar pandan lah tadi. Sedap tu makan masih suam-suam lagi.
Best ni berjiran dengan jiran yang berniaga makanan. Senang order terus sampai depan rumah.
Tinggi bacaan IPU udara kat sana. Bahaya dah merah tu. Tebal nampak jerebunya pun. Take care.
Saya paliiiiing suka kalau Jiran banyak yg berjualan begini. Jadi di saat tengah cuti, memang sayapun ikut pesan , kalau bisa utk sarapan pagi, siang dan malam 😄. Hitung2 kita banu mereka berniaga juga kan
ReplyDeleteSedapnya lihat nasi kerabu tuh kak. Melihat hasil akhir yg licin, saya percaya ini sedap sangat 😍
Semoga bertambah baik keadaan di sana tu.
ReplyDeleteAduhaiiiiii teruk ya jerebu tu. Best lah Taman ada berniaga macam ni. Order je terus dapat. Panas2 lagi tu. Macam baru buat dah jual
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!