Follow Us @soratemplates

10/11/2010

09/11/2010

08/11/2010

Bayi Songsang

November 08, 2010 2 Komen
Pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang info bayi songsang. Sewaktu saya masih muda remaja dahulu, apabila terdengar sahaja cerita mengenai bayi songsang, pastinya ianya adalah suatu cerita yang mengerikan buat si ibu. Saya tidak pasti apa yang mengerikan, tetapi dari cerita yang saya dengari, ianya adalah seperti sesuatu yang sangat menakutkan dan menyakitkan.

Benarkah? Jadi, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan  anda tentang info sebenar berkenaan bayi songsang dan apakah jalan penyelesaiannya.

Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20% ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada pringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedududukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggke ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.

Namun begitu, jika usia kandungan sudah mencapai 36 minggu dan kedudukannya masih songsang (iaitu kedudukan kepada berada di atas) , maka pada waktu itu, barulah dapat diputuskan yang diri anda, kemungkinan besar akan melahirkan bayi songsang.

Sebenarnya anda mempunyai 3 pilihan apabila mendapati kandungan anda adalah bayi songsang :-

1.Cuba mengalihkan kedudukan bayi kepada kedudukan normal
Prosedur ini dipanggil ECV (External Cephalic Version) dan ia boleh dilakukan oleh doktor pakar di hospital. Jika berjaya, si ibu boleh melahirkan anaknya secara normal. Tetapi, jika tidak berjaya dan berlaku komplikasi, si ibu perlu melahirkan bayinya pada waktu itu juga. Sebab itulah prosedur ini hanya boleh dilakukan apabila usia kandungan sudah melebihi usia 36 minggu. Jika tidak dilahirkan pada waktu itu juga, ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan anak. Antara risiko komplikasi yang akan dihadapi ialah seperti pendarahan bayi dan juga bayi lemas.

2.Cuba melahirkan bayi songsang secara normal
Untuk melakukan perkara ini, beberapa kriteria perlu dipastikan terlebih sahulu, antaranya,
a. songsang jenis punggung dahulu,bukan kaki
b. berat bayi dianggarkan kurang daripada 3.5kg
c. kedudukan kepala bayi menunduk dan bukan mendongak
d. ruang tulang pelvis ibu tidak sempit
e. ada doktor pakar bagi kelahiran bayi songsang

3.Melahirkan anak secara pembedahan
Jika pada minggu ke-39 kedudukan bayi masih songsang, prosedur pembedahan sudah boleh dirancang. Ini adalah lebih selamat jika hendak dibandingkan dengan pembedahan kecemasan. Oleh itu, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk melakukan prosedur ini lebih awal, jangan tunggu sampai nak ter"beranak" baru nak berbincang dan buat keputusan.. :)

Jadi sekarang, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Mungkin anda boleh berbincang dengan doktor anda mengenai pilihan manakah yang terbaik untuk melahirkan bayi anda dengan risiko yang paling rendah dengan keadaaan anda.

Nampaknya, tidaklah mengerikan sangat bukan?


Sumber: Email dari SetBersalin.com


07/11/2010

Bukan mudah nak menjadi jurugambar profesional 2

November 07, 2010 8 Komen
Semalam Ibu pakaikan Iman baju cantik.
Ibu cakap nak bawak Iman pergi photoshoot.
Mula² Iman tak tau apa itu photoshoot.
Rupa-rupanya ambik gambar.
Ibu suruh Iman posing cantik-cantik sebab Iman nak masuk Baby Cute Contest.
Iman ikut ajer, Iman tak kesah.




Ibu cakap dengan Ayah, appointment photoshoot tu pukul 3.45 pm.
Kami gerak dari umah jam 3 sengah.
Nasib baik kami sempat sampai di Crown Square tu sebelum pukul 4.
Sampai jer kat 'studio' tu Ibu terus jumpa amoi cantik.
Ada seorang photographer lelaki, cina jugak dekat situ.
Mereka memang menunggu ketibaan kami.
Lelaki tu pun suruh Ibu letak Iman kat lantai.


Tengok, Iman tak takut pun.


Iman tak takut, Iman terus duduk tengok lelaki cina tu.
Dia ada kamera besar.
Iman suka kamera besar tu.
Macam Mak Dek punya, tapi lagi panjang.


Iman ada giant lollipop, pinjam jer sebagai props.
Boringnya lollipop ni tak boleh makan.


Baru jer nak bukak plastik, nak masuk mulut Ibu dah cakap 'NO!'. Boring lah Ibu ni.

Lepas beberapa shot & snap, Iman rasa macam banyak jer.
Banyak jer flash, pancar-memancar.
Ibu pun sebok jugak ambik gambar Iman.
Kecoh lah Ibu.
Sebelum balik, Ibu suruh Mak Dek ambik gambar Iman, Ayah dan Ibu.


Kecoh Ibu ni, nak jugak bergambar.

Kat bunting tu pun Ibu ajak Ayah bergambar, Ayah pun nak  jugak. Iman ikut ajer.

Ngantok dah Iman layan kerenah Ayah dan Ibu ni. Suka sangat ambik gambar Iman. Letih tau, Ibu!


Kami kat bawah, Mak Dek kat atas. Bergambar lagi sebelum balik.

Iman dengar Ibu cakap photographer tu bagus.
Tak macam Iman photoshoot kat Emart dulu.
(Kalo nak baca yang 1st photoshoot tu, auntie² dan uncle klik ler kat sini)
Alaa.. ni bukan 1st time Iman photoshoot.
Dulu pun ada jugak, tapi Ibu tak puas hati dengan photographer tu.
Tapi Iman tengok cina lelaki semalam tu  memang bagus.
Dia sampai meniarap kat lantai nak tunggu shot terbaek dari Iman.
Iman pun bagi lah yang terbaek walaupun Iman masih tak sihat sangat.


Iman pun tak tau apa jadi dengan gambar Iman tu nanti.
Takpe, Iman ikut ajer, Iman tak kesah.


Yang benar,
Iman Madihah


05/11/2010

Diari Penang 2

November 05, 2010 4 Komen
29 Oktober 2010

Kami 3 beranak selamat chech-in di Grand Continental Hotel, Penang
Masa check-in Iman Madihah dah tido dah, dalam cab lagi dah tido
Sampai di bilik, letak atas katil, dia pun terbangun
Pastu main-main takmo tido
Alahai anak Ibu
Dah ler pagi-pagi nak gerak awal, ronda Penang
Sib baik la paksa-paksa tido, dia terlelap jugak


Muka tension bangun awal pergi breakfast

Pas breakfast kitorang 3 beranak pun jalan-jalan kat area Komtar tuh
Sementara nak tunggu check-out kol 1

Kami tangkap gambar kami sendiri, tengok muka Iman yang ngantok tu

Model Komtar, ayah dan anak

Pastu kami jalan lagi sampai ke Prangin Mall
Iman sempat lagi tido kat situ
Ye la orang tu jenis yang bangun lambat, tetiba bangun awal plak
Mesti la badmood, tapi yang bagusnya Iman ni bukan jenis baby yang meragam
Tengok-tengok dah tertido di bahu Ayah
Pastu kami naik beca balik ke hotel
Seram gak naik beca, kiri kanan kereta besar
Rasanya 1st time naik beca ni, hihihi




Lepas check-out kami pun pergi ke Queensbay
Naik Rapid Penang, hihi
Lamanya tak naik bas


Tunggu bas di bawah Komtar

Barang-barang kami tinggalkan di hotel dulu
So kami pergi berlenggang untuk shopping
Shopping di mana?


Semestinya di Jusco!

Jangan heran Jusco memang favourite shopping place bagi saya
Kalau kat KL, Jusco Mid Valley tu ialah tempat yang MESTI pegi
Kenapa Jusco?
Mungkin barang-barangnya taste saya dan harganya berpatutan kot
2-3 jam di Jusco memang tak cukup
Hmm... bila nak ke Jusco lagi ek?