Follow Us @soratemplates

12/11/2010

Mencari idea untuk rumah baru

November 12, 2010 6 Komen
Kunci rumah dah dapat.
So sekarang masa untuk mencari perabot dan kabinet yang sesuai.
Konsep?
Modern design, of course.
Bersesuaian dengan rumah kami yang tidak terlalu besar.
Tema warna masih dipertimbangkan lagi.
Kalau boleh nak merah dan hitam.
Tapi tak confirm lagi.

Lepas tu nak cari idea untuk kabinet dapur.
Pun nak yang simple dan praktikal.
Kalau boleh lebih kurang macam gambar kat bawah ni.
Tema putih so nampak bersih.



Kalau mampu, nak buat macam ni jugak, takde la nampak berselerak dapur.
Kalau lah Kuhing ni ada Ikea.
Semuanya DIY.
Best.


Kalaulah semua yang kita impikan menjadi kenyataan.
Bahagianya...

Nanti nak study lagi kat sini Senihias.com



11/11/2010

Sifat bagi orang yang lahir bulan Ogos

November 11, 2010 6 Komen
Siapa yang lahir bulan Ogos, angkat tangan!
Berikut ialah kajian sifat bagi orang yang lahir bulan Ogos.
Yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


Ada yang sama, ada yang tak.

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan.

Ada sesiapa yang nak bagi ulasan?



10 Jenis Sayuran Terbaik Untuk Dimakan

November 11, 2010 1 Komen
Sharing is caring, ya kawan-kawan.
Kita hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk hidup.
So make sure apa yang kita makan tidak memudaratkan kita.
Sila semak ye sayuran yang boleh diamalkan.


1. Timun

Biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin - berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.
* Timun masak dimakan mentah - berkesan merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan.
* Rawatan tradisional, timun dikatakan berkesan mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.


2. Bendi

Banyak ditanam di negara beriklim panas lembap.
* Kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium.
* Baik untuk perkembangan otak.
* Dalam perubatan - digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis dan bengkak saluran kerongkong serta hidung.


3. Seleri

Dikatakan merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geli-gata.
* Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya.


4. Kacang botor

Daunnya juga elok untuk nutrisi - proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan 5-7 peratus protein, selain vitamin A, vitamin C dan garam galian.
* Daunnya dimakan mentah dan sedap dibuat sayur, manakala ubinya boleh dimakan sebagai ulam mentah.


5. Asparagus

Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
* Mengandungi elemen baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.


6. Cili, cabai, atau lada

Kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin.
* Lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas.


7. Jering

Tumbuhan asli di negara ini
* Mengandungi protein 3.5%, lemak 0.1% , karbohidrat 1.7%, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.
* Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik.
* Penawar yang berkesan bagi pesakit kencing manis Kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

8. Petai

Untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.


9. Terung pipit

Mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin
* Menghasilkan pil perancang keluarga.
* Akar terong pipit boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat meredakan sakit perut.


10. Pegaga

Dalam bidang perubatan tradisi, digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis, dan sakit kerongkong.


Kredit : Blog Mommy Icha


10/11/2010

Manusia mudah lupa sehingga menyakiti diri

November 10, 2010 5 Komen
Kadang-kadang bila terlalu gembira
Manusia akan mudah lupa

Kadang-kadang bila terlalu leka
Manusia juga mudah lupa

Kadang-kadang ingin mengejar kepuasan diri
Manusia sengaja  melupakan

Saya memang terlupa
Setahun berlalu
Tapi program hujung minggu tu membuatkan saya telah mengangkat kerusi
Segerombolan kerusi

Dan..
Saya menanggung sakitnya

Menyesal kemudian tiada gunanya
Saya sungguh menyesal...