Teruskanlah..

Sejak 13 Disember 2008, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang isteri.
Status CIK juga telah bertukar kepada PUAN.
Selepas kelahiran Iman Madihah, pegang status IBU pulak.
Namun status BLOGGER tetap juga BLOGGER.
Masih bertahan sehingga kini.

Tapi.
Sejak 13 Disember 2008.
Status saya layak ditukarkan kepada blogger tipikal.
Kalau update, cerita pasal suami, pasal anak, pasal jalan sana, makan itu.
Boring kan.

Alahai.
Kenapa susah sangat nak mengulas tentang sesuatu isu.
Kenapa idea dah tak macam mula-mula berblog dulu.
Saya sendiri pun bosan.

Apapun hidup mesti diteruskan.

Dulu saya ada mimyara.com.
Tapi tiada komitmen.
Tiada kesungguhan.
Dot com tinggal kenangan.
Cuma setahun bertahan dengan dot com itu.

Ya.
Hidup sebagai blogger mesti diteruskan.

Entah kenapa saya sedih hari ni.


1 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Layan jak sis.... Luahkan pa yang terlintas di fikiran... =) Hee...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form