Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum

Dibina pada tahun 1908 dan dibuka pada tahun 1912, Brooke Dockyard adalah limbungan kapal tertua di Sarawak dan Malaysia, yang asalnya menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal Rajah sebelum berkembang kepada pembaikan kapal, sokongan minyak dan gas serta latihan kejuruteraan, menjadikannya tempat kerja perindustrian pertama di Kuching.

Hari ini, ia berdiri sebagai Muzium Warisan Industri yang menampilkan galeri dengan bertemakan, mesin limbungan kapal asal dan replika HHY Zahora, yang mempamerkan warisan berterusan mengenai sejarah perindustrian Sarawak.

Petikan dari laman web Sarawak Museum Department.



Inilah aktiviti kami minggu cuti sekolah yang lalu. Playing tourist di tempat sendiri. Kebetulan muzium ni memang baru dibuka tahun ni kepada pengunjung. Kalau yang biasa dan familiar ke Kuching, muzium ni memang bersebelahan Masjid Bandaraya Kuching. Dulunya muzium ni ialah tapak tempat kapal-kapal dibaiki di Kuching.

Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum
Bila orang tak ada, cepat-cepat kami ambil gambar. Time ni kakak iman taknak ikut sebab nak buat kerja rumah katanya.

Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum
Masuk percuma je, takde modal pun still boleh jalan-jalan acah-acah pelancong. Hihi.

Mural di sini dah baru! Dah vibe di Melaka pulak dah.

Haruslah bergambar dulu. Nama-nama pangkalan di atas ialah pangkalan-pangkalan yang dulunya pernah sibuk dengan urusan penduduk sekitar yang menyeberang sungai dengan perahu tambang. Seberang sana (sila imagine ya, haha) ialah kawasan perkampungan kampung Melayu di Petra Jaya, seberang sini pula ialah pasar, kata orang sini. Sekarang ni pengkalan yang masih aktif ialah Pengkalan Che Umar yang terletak di Kuching Waterfront. Bagi yang pernah naik perahu tambang dari Waterfront ke Kampung Boyan untuk beli kek lapis di area situ, situlah Pengkalan Che Umar. Saya pun dah lama tak naik perahu tambang, dulu zaman sekolah tambah 20 sen je. Sekarang rasanya sorang beringgit kot, tapi tak tau la berapa ringgit sorang. 

Sebelum explore ke dalam replika kapal HHY Zahora, baiklah kita bergambar dulu. Hihihi.


Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum
View di atas deck HHY Zahora.




Di dalam bilik tidur kapten dan anak kapal.

Ruang makan anak kapal

Item rare! Telegraf dan kalkulator.

Best pulak menonton video lama aktiviti di kawasan dockyard ni, kalau ada arwah Tok Aki mesti rancak dia bercerita pengalaman dia zaman ni.

Kerana dia sorang je suka bergambar. Berangan la tu nak jadi nakhoda kapal.

Di suatu sudut di atas deck HHY Zahora yang berlatarbelakangkan Borneo Culture Museum dan Hikmah Exchange. Gambar ni mungkin akan jadi sejarah suatu hari nanti kerana di belakang ni nanti akan berdirinya stesen perhentian ART (Autonomous Rapid Transit) yang sekarang sedang dalam pembinaan.


Saya memang mudah ralit tengok benda macam ni. Ada geng tak ni?? Reply di komen tau!

Di sudut pandangan lain. Beginilah Brooke Dockyard suatu ketika dulu, ketika zaman sebelum merdeka.

Kesimpulannya, kami enjoy! Seronok tengok dan baca sejarah dan juga bergambar. Yang penting family bonding tu la, kan?








Post a Comment

0 Comments