Hati-hati bila menggunakan debit card

23 Februari 2014
Hari yang sangat malang
Excited nak beli baju baby
Beli sekali dengan baju kakak dan abang
Dan macam biasa saya memang tak suka withdraw duit
Gunalah debit card



Cashier tu dah cakap, kalau boleh, boleh lah
Sebab mesin kat situ ada prob sket
Sekali cuba, tak boleh
2x juga tak berjaya
3x pun hampa
Kaki pulak dah cramp!
Memang petanda tak baik betol

Kali ke-4 guna mesin lain
Berjaya!
Ok... selesai

Itu kisah hari Ahad
Isnin berlalu macam biasa
Selasa menjelma
Terbuka hati nak cek akaun rimau
Kebetulan hari payday
Tapi payday bukan di akaun rimau
Aiks? Kenapa sikit benar balance?
Tak puas hati
Check transaction
Rupanya....

1,2,3,4x transsaction yang sama!
Pada hari Ahad tu!
Gila!
Mendidih darah

Bayangkan beli barang RM355.70
Tapi dah kena deduct Rm355.70 x 4!
Tak ke gila kau?!!
Rasa nak nangis pun benda dah terjadi
Terus takde mood Kebetulan hari tu ada appointment dengan orang di luar
So kemas-kemas barang
Pasni kuar terus ke bank rimau
Nak buat report
Time tu tak bagitau lagi kat Encik Suami
Bila dah ada di bank rimau, baru gitau Encik Suami
Dia pun datang la ke bank
Menemani isterinya yang tengah kacau-bilau tu
Terus takde mood dah

Orang bank rimau kata dia akan submit report ke KL
Dan akan ambik masa dalam 45 hari untuk dapat refund

Kalau itu rezeki saya, alhamdulillah
Kalau bukan rezeki saya... alhamdulillah jugak
Tapi tobat dah takmok pakai debit card lagi



Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form