C30H-1: Kenapa saya tak suka berselfie?

Cabaran Hari-1: 1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda

Alamak. Nak gambar terbaru ke? Nasib baik 2 hari lepas saya dibukakan hati untuk berselfie semasa nak ke tempat kerja. Masa driving pulak tu. Nasib ler dah time tu jugak gelorat kata orang Serawak, atau kejeron.. hah? Excited lah tu.. nak berselfie. Bukan selalu tau Kakmim kompiden selfie. Ahahaha... ye lah saya bukannya muda remaja lagi nak berselfie bagai. Takde masa nak buat semua tu. Baik ambik gambar anak Kakmim yang comel-lote gitu. Haih? Masuk lif tekan sendiri. Hihihi..

Kakmim

Yezza. Ini gambar terbaru Kakmim. Memang baru. Yang serius hari Rabu. Yang tak serius hari Khamis. Hari ni hari Sabtu. Baru kan? Hehehe. Ok tak ok? 

  1. Tapi ni lah hakikat, dah 33 tahun dah tahun ni. Kalau nak diikutkan dah 10 tahun jadi blogger. Tapi blog yang mula-mula dulu dah tak boleh nak access di http://nagacute.blogdrive.com/. Nak login balik of course password akak dah lupa! Apa leh buat. Email yang masa guna blog tu pun dah lama tak login dan of course sekali lagi dah taktau password. Semuanya jadi sejarah je lah.
  2. Kakmim tak suka selfie. Sebab? Adakah Kakmim tak kompiden dengan kecantikan rupa paras Kakmim? Ahahaha. Cantik ke? Itulah masalahnya. Alhamdulillah, tetap bersyukur apa yang telah dikurniakan. Sebab tak suka selfie? Sebab Kakmim rasa... rasa apa yek... orang Serawak cakap ingga kedirik. Hmmm... kalo paham bisa. Tapi... Kakmim suka jer tengok orang selfie. Cuma sendiri nak buat tu rasa, eh, ko tak muda lagilah nak selfie bagai macam. Please lah sedar diri. Okbai.
  3. Suka benda-benda positif. Sejak menShakleekan diri sampai sekarang, Kakmim suka word yang positif. Aura positif. Environment yang positif. Kawan-kawan positif. 
  4. Gila cheese dan coklat! Suka sangat benda-benda yang ada kombinasi 2 ni. Especially Choc Cheese Secret Recipe! Haipppp!!! 
  5. Last but not least, Kakmim punya 1 lagi impian nak ada sorang baby girl. So ada girl, boy, boy dan girl. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Doakan ye!

Dah. Cukup dah 5 fakta mengenai diri saya. Cabaran hari pertama pun telah terjawab. Ada 30 hari lagi. Huhuhu. Bertabahlah menghapdet Kakmim.



Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form