Photo Diary #3

Photo diary untuk sepanjang minggu lepas. Minggu lepas takde photo diary sebab weekendnya demam so tak larat nak pegang handphone. Lepas tu Isnin pun cuti rehat so blog pun cuti. Hehehe.

Bekal hari pertama masuk kerja pada hari Selasa

Terasa nak makan ayam masak kurma, balik kerja terus on masak ayam kurma. Nasib baik masih ada rempah kurma ayam Adabi di rumah.

Terlmabat 5 minit je keluar dari ofis terus jalan jem. Kalau tak jem, tak sempat nak ambik gambar. Hehehehe

View awal pagi nak keluar round about, kereta masih belum banyak. Matahari nak terbit. 
Masya Allah Subhanallah.

View di depan gate sekolah Abang, sebenarmya nak ambik gambar pelangi. Bila jalan kaki masuk kawasan sekolah dapatlah nak capture gambar bagai.

Bila balik kerja terus ke rumah mak, penuh 1 meja untuk minum petang.

Masak secara express bila malamnya ada kelas Kumon. Udang singgang dan terung masak kicap

Pastri dari Roti Boy, ada sardin dan tuna.

Durian dari Lachau. Ipar balik dari Sibu singgah Lachau borong durian. Warna pucat tapi nasib baik manis.

Makan dengan roti Munchies, baru puas hati.

 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. photo diary yang penuh dengan foto-foto makanan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anies pulak galeri penuh dgn gambar apa yek? 😂😂

      Delete
  2. Durian makan dengan biskut... rare ni.
    Tahun ni belum sempat beli.. nampak banyak jual tepi jalan tapi takde nafsu.
    Bila tak ada baru teringin makan.

    ReplyDelete
  3. oh tidak knpe gambar food semua sedap ni

    ReplyDelete
  4. owh orang sarawak biskut panggil roti juga ye sama dengan orang Kedah...ok juga kan buat entry photo diary macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kedah pun camtu ye... mcm biskut keping atau biskut tawar tu mmg kami panggil roti... hehehe

      Delete
  5. Full makanan semua kak hehehe...ayam masak kurma itu agak maniskah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak kurma ni x manis.. dia macam kari tp guna rempah kurma dan x perlukan cili.. juga ianya x pedas

      Delete
  6. bumbu adabi kurma? saya belum pernah lihat kak. saya sering melihat adabi perencah nasi goreng, dan memang sedap bila memasak nasi goreng dengan bumbu adabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada... adabi ada pelbagai jenis bumbu... boleh google naia... saya x ambik pulak gambar packagingnya

      Delete
  7. All in one...pun boleh.
    Emmm..semua sedap2 ni

    ReplyDelete
  8. Wah, menariknya makan durian dengan biskut!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form