Roti Telor Yang Diinginkan

Tajuk gempak sikit. Haha! Bukan apa, termengidam roti telor sejak semalam. Pagi ni nekad gerak awal dari rumah sebab nak bekfes roti telor kat sebelah kolej sebelum kelas jam 8.

Akhirnya, dapat merasa roti telor yang diinginkan

Semalam, sibuk depan pc. 11.30 pagi ada pulak discussion, tak sedar brainstorm sampai jam 1 setengah. Malas nak turun makan sebab semangat nak siapkan keja cepat, sementara mood ada nak design poster untuk program bulan 2 nanti. Setel poster rilek sikit, tinggal nak design backdrop pulak. 

So bila setel semua, 3 setengah petang dah, baru terasa nak makan, roti telor je dalam kepala. Pergilah turun cafe di sebelah kolej. Alaaa... akak cafe cakap dah tak ambik order dah, nak bersihkan kedai nak tutup awal. Huuu.. sedih. Minum je lah green tea untuk mug yang kedua sambil bersabar tunggu waktu balik. 

Balik keja singgah rumah mak sebab semua #theIMANs berkumpul di situ. Adik bongsu si Iqah balik kerja bawak banyak makanan dari ofis, sebab diorang ada potluck semalam. Dapat la makan nasi minyak & rendang daging, syukur. Tak lapar dah. Tapi roti telor masih juga dalam ingatan.

Dan alhamdulillah pagi ni tertunai dah keinginan. Kenyang alhamdulillah. Salam Jumaat semua!

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. dapnye..nak plak yg panas2 kan..yum yum

    ReplyDelete
  2. kita memang macam tu kan...selagi tak dapat selagi tu lah duk bermain2 dalam fikiran ni...lebih dari ibu mengandung mengidam hahaha

    ReplyDelete
  3. Memang akan teringat selagi tak dapat apa yang diidamkan.

    ReplyDelete
  4. Finally tertunai juga hajatnya Kakmim ye...
    Jenuh kita baca sampai ending, nak tau dapat ke tak roti telurnya ahahaha 😆

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Cicah kuah kari best sangat tu.

    ReplyDelete
  6. waahhh dpt jugak kak mim roti telor yg diinginkan hehehe

    ReplyDelete
  7. Dibanding canai dan roti sardin, saya lebih suka roti telur jugaaa 😍😍😍. Krn lebih lembut bagi saya. Cuma tak suka pakai kuah kari. Makan begitu saja. Rinduuuu sangat nak makan ini lagi lah 😄😍

    ReplyDelete
  8. wah dah tercapai impian dan keinginan Mim, alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Roti telur kalau dpt yg fresh lepas masak.. gebu dan crispy kulit dia.. sedapp...

    ReplyDelete
  10. Kak SA seminggu sekali Memang makan roti telur

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form