Hari ni mohon cuti gantian. Bila kena kerja hujung minggu dapatlah claim cuti gantian, tapi kerja hujung minggu kena cukuplah 9 jam ye. Cuti hari ni sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Kalau tak, rugi je rasanya cuti pada hari Jumaat. Tapi kita layan minum pagi dulu.
Breakfast Date
Bukan selalu dapat breakfast date. Sorang kerja di Kuching Utara, sorang di Kuching Selatan, nak breakfast or lunch berdua memang agak mustahil. Sebab tu lah prefer bekal dan makan depan PC je. Sangat jarang dah breakfast dengan kawan-kawan ofis. Entahlah ye kenapa prefer sorang-sorang.
Tapi hari ni tak keseorangan, berdua minum di kedai, area rumah mak je. Senang. Memang dah lama nak makan roti canai di kedai ni tapi itulah masa tu tak menguzinkan. Kalau hujung minggu selalu je penuh. Hari Ahad pulak tutup. So hari ni berjaya mendapat tempat kosong di kedai ni.
Order satay yang sampai dulu, Encik Suami cakap makan 5 batang sorang, tapi saya mampu 2 batang je. Selebihnya dialah habiskan. Selain tu kedai ada letak di meja, pulut panggang dan tepung bungkus. Ingatkan nak makan lepas habiskan roti telor tapi tak. Tak boleh masuk lagi dah sebab dah kenyang dah.
Roti telor. Menu signature saya, kurang suka order roti kosong, wajib roti telor.
Roti jantan hanya untuk orang jantan je. Hehehehe.
Selesai sarapan kami ada task yang lain pula. Nak servis kereta! Dah 39K dah, over mileage untuk servis. Dimaafkan la, lebih sikit je. Bye for now!!



11 Comments
sedapnya menu sarapan tu. terliur sy tgok. cuma di kelate ni wajib mkn nasi jika sarapan..
ReplyDeleteLinda kalau dah makan roti telur,mmg tak mampu dah mkn lain..
ReplyDeleteAaa,suami kita pun baru lepas servis keto..100k..rm800 lebih..pishangg..
Bestnya dpt dating srpn berdua
ReplyDeleteSesekali dapat sarapan bersama, dapat spend masa bersama. Sate dia nampak macam kering sikit. Kurang sedap ke KakMim makan 2 cucuk je. Saya pun suka roti telur berbanding roti biasa.
ReplyDeletePulut panggang dia nampak besar, walaupun pendek. Kat sini, kurus-kurus je. Sedap, dapat sarapan sate pagi-pagi. 😋
ReplyDeleteMenu kegemaran saya juga tu ya, termasuk telur..Selamat bersarapan masa ini..
ReplyDeleteMZ singgah pagi isnin ni. have a nice day mim!
ReplyDeleteSamalah dgn ammi. Jarang makan roti canai tp kalau teringin nak order mesti roti telur jadi pilihan
ReplyDeleteOh itu pulut panggang yg dibungkus daun ya kak. Saya pikir tadi arem-arem 😄. Semacam lontong yg dikasih isian dalamnya.
ReplyDeleteDuh roti telur dan kuah kari itu fav saya tiap ke Malaysia dan makan di kedai mamak 😄
Craving pula nengok roti telur tu.. akak kalau roti canai suka kosong.. kuah banjir.. yummehhhh
ReplyDeleteSedap semuanya..akak plak tengah craving kuih tepung bungkus...mana nak cari ni...kat Pasar Seni xde pagi2..
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!