Menyantuni Majlis Perkahwinan Anak Jiran Selorong

Majlis perkahwinan bukan sekadar tempat menjamu selera atau bergambar dengan pengantin. Ia sebenarnya simbol penghormatan dan kasih sayang sesama manusia. Menyantuni majlis perkahwinan—sama ada rakan, saudara, jiran mahupun rakan sekerja—adalah satu amalan mulia yang penuh adab dan berkat.

Semalam saya dan Encik Suami menghadiri jemputan walimatulurus jiran kami yang pertama kali menerima menantu. Tahniah jiran kami yang kami panggil Bang Boy/Uncle Boy. Beliau juga kami gelar 'penghulu' sebab antara kami yang rapat, beliau yang paling senior. Excited pun ada sebab dah lama jugak lorong kami ni tak ada majlis kahwin, tapi sayangnya majlis akad nikah dan persandingan dibuat di CIDB Convention Centre bukannya di rumah. Kalau buat di rumah lagi meriah rasanya. Tapi sekarang pun memang orang prefer buat di dewan atau homestay sebab tak perlu nak kemas dan prepare rumah. Kan? Kan? 

Ibu bapa pengantin bersama jiran-jirannya.

Tahniah Fira dan pasangan, dulu kecik je sekarang dah jadi isteri orang dah. Cepatnya masa berlalu.

Doorgift pengantin sendiri yang buat, awal lagi dah dia buat Cadbury Cookies,

Nasik pengilan atau nasi kenduri. Kat sini kalau kenduri di dewan memang akan hidang guna 'dome'. Lauk semalam, nasi minyak, kari daging, ayam amsak merah, sambal goreng hati & keceni nanas.


Trend sekarang mesti ada cermin macam ni kan? Saya, adik dan jiran rumah sebelah saya tak lepas peluang selfie bersama.


Kelebihan Menyantuni Majlis Perkahwinan

Mengukuhkan silaturahim  

Hadir ke majlis perkahwinan menunjukkan kita ambil berat dan menghargai hubungan yang terjalin. Dalam majlis inilah kita boleh bertegur sapa, bermaafan dan mengeratkan kembali tali persaudaraan yang mungkin lama terputus.

Memberi restu & doa kebahagiaan
  
Kehadiran kita membawa semangat dan doa yang baik kepada pasangan pengantin. Dengan ucapan yang positif, kita bantu menyemarakkan suasana gembira dan penuh keberkatan.

Budaya tolong-menolong  

Kadang-kadang kita bukan sekadar datang makan, tapi juga ringan tulang membantu. Sama ada menolong sediakan makanan, jadi petugas majlis, atau bantu sediakan goodies, semuanya jadi pahala bila dibuat dengan ikhlas.

Peluang berkumpul & berhubung semula

Majlis sebegini jadi tempat ‘mini reunion’ – jumpa kawan lama, saudara jauh, atau jiran yang jarang bersua. Semua berkumpul dalam suasana yang positif dan menggembirakan.

Menyemai budaya murni dalam masyarakat
  
Dengan menyantuni majlis perkahwinan, kita juga menjadi contoh kepada anak-anak dan generasi muda tentang pentingnya nilai hormat, adab dan hidup bermasyarakat.



Last but not least, selfie solo pun mesti ada, tapi kali ni bukan di ofis ya.



 

Post a Comment

18 Comments

  1. tahniah kepada kedua-dua mempelai. mesti seronoknya maknya terima menantu sulung.
    wow doorgift tu pengantin yang buat? special betul ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa... ms raya pun dia rajin ambik order cookies.. mmg suka berniaga budaknya

      Delete
  2. Tahniah buat keduanya. Semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Keceni nenas tu paceri nenas ke. Tahniah buat pengantin dan keluarganya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah buat pasangan mempelai, rasa sedap pula tengok menu tu, leh la cari nasik kenduri jap lagi buat berbuka.
    Cantik kakMim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la nnt cha, nasi minyak dan ayam masak merah pun dh ngam

      Delete
  5. Cantiknya baju Mim warna kuning. Jarang sy jumpa baju macam ni orang pilih warna kuning. Rasa macam nak beli pulak satu warna kuning gara2 tengok Mim ni.

    Oh, Selamat Pengantin Baru buat anak jiran Mim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemon yellow atau pastel yellow kak SK... nnt cari ye boleh ootd.. hehehe

      Delete
  6. tahniah buat mempelai, semoga bahgia selalu...
    memang ada code dress ke?? jiran2 semua pun berbaju Melayu lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn tq ats doanya.. iyaa linda... dress code lelaki bj melayu bersampin atau batik... di sini mmg biasa org kenduri kawen berbaju melayu bersampin lengkap gini.. hihi

      Delete
  7. Alhamdulillah. Semoga berbahagia kedua-dua mempelai.
    Di LD pun walau tak ada elektrik dan air, majlis kenduri tetap on!

    ReplyDelete
  8. bln sept memang meriah dgn weddings! i have 2 more weddings to attend this weekend

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. buat kat dewan tak perlu prepare dan kemas rumah.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..Kalau terima menantu pertama mesti meriah majlisnya. Cepat masa berlalu, tahu-tahu dah kahwin dah ye anak jiran. Sedap lauk pauknya. Betul tu KakMim, mana-mana majlis kenduri kahwin mesti ada cermin tu, port wajib bergambar. Cantiknya KakMim berbaju songket warna kuning. Dah macam raja sehari pulak dengan Encik Suami pun berbaju melayu.

    ReplyDelete
  11. Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai 💞 Semoga Allah SWT menganugerahkan keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah untuk pasangan pengantin 🤲🏻

    Lamak dah sik pegi pengilan di Sarawak. Kinek tok jarang org mok polah di rumah mungkin sbb takut rumah xdpt menampung jumlah tetamu atau takut mengganggu jiran2 bila tetamu parking kereta merata2 & sigek ya juaklah, malas mok bergago berkemas sebelum / selepas pengilan. Lagipun kinek tok dah ada kemudahan dewan untuk pengilan kawen lengkap dgn khidmat catering, senang kerja molah pengilan sik kedak masa kita dolok marek nak.

    ReplyDelete
  12. Selamat menempuh hidup baru untuk pengantin. Semoga setelah menikah makin diperbanyak rezeki, cepat diberi keturunan yg baik. Langgeng hingga kakek nenek.

    Dulu saya pernah baca, sebisa mungkin kalau dapat undangan pernikahan, diusahakan sangat datang. Kecuali memang tak bisa. Krn memang dengan menghadiri, kita menghargai orang yg mengundang dan pastinya menjalin silaturahmi.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!