Semalam memang agak serabut, banyak benda nak kena fikir. Kena fikir dan juga kena buat. Itulah posting semalam tu untuk luahan perasaan. Memang itu pun tujuan kewujudan blog ni dulu.
Bukan semalam je, posting kelmarin pun berbaur negatif, terima kasih semua sahabat blogger yang komen, yang berkongsi pendapat, yang taip ayat-ayat positif yang menenangkan.
Pagi ni bukak blog, nampak komen dari Fiza & Kak Mieja, sejuk rasa hati. Terus on Youtube Music, search Ayat 1000 dinar, ikut nasihat Kak Mieja. Alhamdulillah, saya dah lupakan juga vibe negative semalam.
Actually pagi ni gerak awal dari rumah, 6.10 pagi dah gerak ke sekolah abang & kak, so saya sampai ofis pun awal, 6.33 pagi dah check in Spot Me. Orang lain tak sampai lagi ni, saya dah siap breakfast dah depan pc.
Semangat kerja hari ni, sebab minggu depan cuti! Sekolah cuti, kolej pun cuti. Tapi saya tak dapat nak cuti sebab banyak lagi kerja nak disiapkan. Targetnya masa student cuti nanti bolehlah siapkan kerja-kerja yang deadline sebelum hujung September ni.
Lama tak share gambar selfie, mesti cik puan Cha rindu kiter kan. Hehehe.
Semoga dipermudah urusan kalian hari ni ya dan selamat berhujung minggu!! Er, minggu ni pun long weekend kan?? Belum ada idea nak buat apa cuti panajng 3 hari ni. Apapun, selamat merehatkan diri semua!!! Boleh la lupakan kerja-kerja ofis yang tak pernah siap tu kan?

15 Comments
Jiayo Mim cece (kakMim)! comelnya pakai merah based putih, windu sangat!
ReplyDeleteKita nak balik Johor, wiii ~...
Semoga hari tok baik2 ajak utk kitak Kakmim. Nang asam garam bila bekerja. Mun stress gilak boleh ambik cuti pergi bercuti hihi
ReplyDeleteSelamat bercuti hujung minggu nanti
ReplyDeleteSemoga semuanya yanga baik- baik..yang tenang- tenang...cuti panjang pi healing mana- mana mim..isyaallah balik dengan rasa yang segar...jom pi mandi laut...
ReplyDelete4 hari cuti minggu ni. Betul2 longggg weekend.
ReplyDeleteselamat berhujung minggu kakmim n family. cuti 4 hari kita buang rasa stress2 tu!
ReplyDeleteBerseri dan ceria nampak tu. Semoga yg baik² aja.
ReplyDeleteHave a wonderful longggggg weekend 🫰🏻
Cantik baju kakmim...kena pakai outfit ceria2,auto jadi ceria nanti...insyaAllah
ReplyDeleteLong weekand .. lupa kan kejap hal kerja ..bonding time dulu dengan family & diri sendiri
ReplyDeletehavea good day..moga yg baik2 saja buat kak mim..happy2 selalu...and setuju dgn adnil, pakai baju ceria2 boleh affect mood juga... :-)
ReplyDeleteSemoga terus ceria!
ReplyDeleteItulah tujuan kita buat blog kan 😘. Memang untuk menyalurkan apa yang nak disalurkan. Baik itu hal baik, atau hanya sekedar luahan hati. Jangan disimpan sendiri dalam pikiran, nanti malah jadi penyakit kak. Bagus kita salurkan dalam bentuk tulisan. Saya juga ada blog untuk curhat, tp memang tak saya open to public. Sehabis menulis, rasa tenaaang sangat
ReplyDeleteAlhamdulillah...Keep calm KakMim. Itu yang terbaik. Wah cantik berseri KakMim dengan baju tu. Nampak macam motif batik. Saya datang dah nak habis cuti sekolah dah ni. Lambat sikit sampai.
ReplyDeletetake care mim! stay gorgeous!!
ReplyDeleteHappy niice day..rajin dan bersemangat terus pergi kerja nampak blogger KakMin ni tau..hehehe
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!