Bersiaran dari rumah sebab Sarawak cuti umum Good Friday hari ni. Semalam lagi dah orang Kristian sembahyang di gereja, sambung hari ni Good Friday dan Isnin pulak Easther Monday. Seronok jugak kerja 4 hari je minggu ni. Hihi.
Plannya nak briskwalk di area rumah hari ni tapi terlajak tidur pulak. Briskwalk dalam mimpi je lah jawabnya.
Jam 10 baru nak sibuk prepare breakfast. Peach tea ni pun dah last kopek, lepas ni habiskan dulu sekotak green tea je lah ek.
Ni kira brunch je lah sebelum turun solat Jumaat. Nasi butter serai yang saya buat untuk ramah tamah sekolah Iman hari tu pun masih ok, panaskan je. Rendang tu bukan rendang raya pertama hari tu, baru je buat hari Selasa tu then masuk peti ais. Kebetulan ada sekilo lagi daging yang masih ada dalam freezer, buat je la rendang, lebihkan kerisik kerana daging sekilo tu takdelah banyak mana pun. Jadilah untuk brunch. Petang ni ada jemputan open house dari staff Encik Suami tapi tak taulah dia pergi ke tak. Kalau dia pergi, kita on je.
So korang weekend ni ada plan open house lagi ke?


1 Comments
wah seronok ni. Lepas cuti raya cuti kelepasan am pulak.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!