Hari ni masih bekerja dari ofis walaupun layak BDR. Insya Allah hujung bulan nanti barulah BDR, setelah setel dokumentasi untuk audit. Leceh jugaklah BDR kena daftar pergerakan setiap 1 jam di SpotMe. Baik lagi pergi ofis macam biasa.
Alhamdulillah, semalam tamat dah puasa sunat Syawal sekali dengan qada' puasa. Balik kerja terus bersilat di dapur. Ala, masak nasi, potong-potong kacang buncis, goreng tofu telur. Setel tumis kacang buncis dan tofu dengan sos tiram, goreng pulak ikan long tenggiri masin. Boleh regu makan dengan kari ayam yang dah dimasak pada sebelah malamnya.
Malas nak defrose ayam, letak udang je sebagai syarat.
Tadaaa.. menu sungkei semalam. Lepas maghrib barulah makan beramai-ramai. Encik Suami ada belikan cakoi jugak. Kek batik yang balance masa potluck beraya hari tu. Jadilah, ni pun dah cukup kenyang dah.
Bila tak puasa, terasa janggal pulak. Sebab bangun jam 4 pagi, sebelum subuh mesti dah siap makan sahur dah. Lepas tu malamnya sungkei dapat makan awal. Lepas tu setel isyak awal, tidur pun lebih awal. Jom puasa sunat hari Khamis pulak besok.
12 Comments
namp[ak menyelerakan kari tu
ReplyDeleteSelamat menunaikan puasa sunat Mira.
ReplyDeleteSedap dah menu camni ngam je ada pulak ikan masin tu. Fuhhh nikmatnya makan nasi.
ReplyDeleteAlhamdulillah sayapun dah selesai kalau puasa Syawal. Tinggal puasa ganti msh sisa 3 hari lagi. Nanti nak start lagi Senin, sebab msh ada acara meet up dengan teman2. 😄
ReplyDeleteMasih ada yang lakukan puasa saat berakhir syawal..
ReplyDeleteTahniah Kak Mim dah settle puasa sunat.
ReplyDeleteHalamak! Cakoi! I like!
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah puasanya. Betul, dah terbiasa bangun awal sejak puasa jadi lain pulak kalau nak sambung tidur pun. Baik la bangunkan
ReplyDeleteSimple mcm ni pun boleh buat kite tengah bersandar lps tu sis =D
ReplyDeletemacam simple sekali dia tayang perghhh menambah ni
ReplyDeleteterliur tofu telur la plak wpun rasa2nya tak pernah mkn (dlm gmbr tu, tofu tu nmpk mcm fishcake)
ReplyDeleteSemoga BDR terus jadi tradisi rakyat Malaysia agar jammed kurang di jalan raya...memang leceh pada mulanya tapi toklah cara rakyat Malaysia jimat subsidi negara.
ReplyDeleteMungkin lepas tok B40 jak dapat subsidi RON95 manakala M40 dan ke atas guna minyak harga semasa
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!