Gotong-Royong Taman

Hari Ahad nak bangun lambat? Memang tak lah. Selalunya pagi Ahad akan sibuk nak uruskan Iman & Awan untuk tusyen. Minggu ni pulak berhujung minggu dengan jiran-jiran pulak sebab ada gotong-royong.


Walaupun tak berapa ramai yang turun, tapi kerja tetap jalan. At least laluan utama nampak dah kemas sikit.


Lepas subuh hujan renyai, jadi ke tak jadi. Akhirnya jam 7 Pengerusi dah sound di group, jadilah tu. Saya dan jiran pun bergerak ke pondok SRS sebab kami akan bukak kaunter pembayaran yuran bulanan KRT. 


Ok jugak cuaca tak berapa panas, takde lah panas sangat jiran-jiran semua bekerja.


Aktiviti wajib mesti ada makan-makan. Semuanya potluck. Bila dah potluck, jadi macam-macam ada. Siap ada balance lagi untuk tapau.

AJK wanita yang bertugas di kaunter pembayaran yuran. Kami tutup kaunter jam 11 pagi, yang lelaki bekerja sampai jam 12 tengah hari. Baru jer selesai design sijil untuk yang join gotong-royong. Semoga lebih ramai yang join lepas ni sebab dapat sijil penghargaan.






 

Post a Comment

14 Comments

  1. Bab gotong-royong ni, part yang paling best mestilah waktu makan potluck tu! Bila masing-masing bawa makanan, memang automatik jadi macam-macam menu ada. Siap boleh buat tapau bawa balik rumah lagi, rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, panas² pulak tu diorang bawak

      Delete
  2. Samariang ya mcm pernah dengar. Google lah kamek tek. Padu di Kuching nun. Rindok hati lamak kamek sik balit sinun 🥲 My hometown like no other.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aokkk.. di kuching... aie kenak lamak x balit??

      Delete
  3. Bagus jiran2 kitak kat sinun sporting mok join acara gotong-royong kedak tok 👍🏻 Tok area rumah baru kah rumah lamak kitak kakmim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area rumah baru.. kwsn baru senang nk campur urg sbb blom rami semua gik baru, perumahan lamak dolok dah ada senior² phase lain yg mmg dh ada geng dikpun ssh kit nk campur, mun bercampur pun dgn geng lorong dikpun jak.. hehe

      Delete
  4. Potluck tu wajib 😁
    Taman kitorg dah lama tak buat gotong royong ni

    ReplyDelete
  5. Marah boss kan, dh benti hujan buat-buat tak keluar lak gotong royong hahahha. Ok jugak kak tak panas bila lepas hujan kan cuma itu lah basah sana sini la

    ReplyDelete
  6. Kalau semua bersatu hati memang bagus lah taman ni. Yang best tu portluck tu sambil makan sambil beramah mesra.

    ReplyDelete
  7. bagusnya sbb semua co-operate utk join. tak semua tmpt/taman perumahan mcm ni

    ReplyDelete
  8. Hari tu tak dan nak join gotong-royong Taman rumah kami sebab kena ambil anak. Kalau tak, ada juga gambar kenangan untuk disimpan di sini.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Bagus sangat semua warga bagi kerjasama yaaa. Suami saya sering tak bisa ikut, tp sebagai ganti kami kasih uang untuk beli makanan minuman bagi warga yg kerja

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!