Sorry!!!! Lamaaaaa sangat tak update, walaupun banyak je cerita nak update. Biasalah bila cuti, semua cuti. Sebelum raya haji hari tu sibuk di ofis sebab nak setelkan kerja sebelum cuti, bila sibuk memang tak dan nak update blog. Bila dah mula cuti terus la tenggelam di laut dalam.
Minggu ni Sarawak cuti sampai 4 Jun nanti. Long long long public holiday. Plus lagi cuti sekolah. Tapi kami tak ke mana pun. Ada je.
Korang sarapan apa hari ni? Pagi ni tema barat. Hahaha.
Konon-konon nak ke jambatan baru, Jambatan Batang Lupar 1 tu hari ni tapi semua bangun lambat. Malam tadi balik lambat dari rumah mak. Bila dah nak tengah hari ni malas pulak nak keluar rumah, cuaca panas sekarang lepas tu dah lewat ni confirm jem sebab hari ni baru hari kedua Gawai.
Apapun selamat hari Gawai bagi yang meraikannya, gayu guru gerai nyamai!! Ne tauk ada kaban Dayak yang baca posting tok nak? 🤭

16 Comments
happy holiday puan mim, weols minum kopi ja dan terus gi beli barang dapur, hujan sangat lebat. balik beli brg dapur masak utk mkn tgh hari terus.
ReplyDeleteSamalah akak. Balik kg je semua ke laut dalam. Apa maksud ayat last tu. Kena bukak kelas bahasa serawak ni
ReplyDeleteBestnya cuti panjang. Kami kerja dah esok. Lemau dah rasa.
ReplyDeletelama bersambung cuti ye Mim, sini pun sesak di mana-mana meriah hehe :)
ReplyDeleteBestnya, tambah lagi sehari cuti. Lepas tu kerja dua hari aje ek minggu ni, yabedabedoooo.
ReplyDeleteKami pun long weekend Kakmim, cuti bday YDPA & Wesak Day. Selamat beristirehat.
ReplyDeletebestnya cuti panjang!! MZ hari ni dh start keje tapi tak masuk opis sbb tak de kelas..nak siapkan marking test paper
ReplyDeleteSelamat bercuti
ReplyDeleteMeriah cuti weekend baru ni, campur pulak cuti sekolah kan
ReplyDeletesyiok gila kali ni sarawak cuti panjang kan.. tetiba rasa nak pindah sana :D
ReplyDeleteTakpe... layan cuti dulu... lek-lek
ReplyDeleteMakkkkaihhh.. ingatkan kat sini 4 hari dah panjang, kat Sarawak lagi panjang cutinya. Puaslah KM bercuti walau duduk rumah. Berehat² pun best.
ReplyDeletelinda sambung cuti teruus minggu lepas.. hari ni baru naik kerja...
ReplyDeleteSeronoknya dapat bercuti panjang di Sarawak. Memang banyak tempat menarik yang boleh diterokai, dari keindahan alam semula jadi hinggalah keunikan budaya dan makanannya. Baca perkongsian ini buat rasa macam ikut berjalan sekali dan menambah idea untuk destinasi percutian akan datang
ReplyDeleteseronoknya cuti panjang....kak SA x cuti panjang..just cuti 22hb May sampai 25hb May pi Mersing je hari tu
ReplyDeleteKemarin tuh saat Carneyz ke Jakarta, dia akhirnya menjelaskan apa maksud gawai di sana 😁😅. Krn selama ini saya berpikir lain. Sebab gawai di sini maknanya gadget 😅😅. Makanya saya sempat confuse kenapa gadget sampai ada hari perayaan 😁. Ternyata beda makna
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!