Follow Us @soratemplates

08/07/2011

Rumah IMAN

July 08, 2011 6 Komen
Sejak 1 Jun yang lalu kami telah berdiri dengan kaki kami sendiri, yakni berhidup di rumah sendiri. Tiada lagi adik-adik atau mak atau bapak yang interframe dalam kehidupan kami 3 beranak. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga hidup sendiri. Segala susah senang akan kami lalui bersama. Benar kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekarang mungkin agak perit dan susah, tapi itulah kehidupan yang perlu ditempuhi.

Untuk melangkah masuk ke rumah baru, bukan seratus dua yang diperlukan, tapi ribu-raban. Tanyalah mereka yang telah memiliki dan mendiami kediaman sendiri. Mesti pengalaman mereka pun hampir sama. Dan sejak akhir tahun lepas, kami telah sedikit demi sedikit mengumpul harta untuk rumah kediaman baru kami yang kami namakan sebagai 'Rumah IMAN'. Sekarang 'Rumah IMAN' hampir lengkap. Mana yang tak berapa penting tu, dikemudiankan. Biasalah, bergantung dengan bajet. Sebab tu proses pembelian aset-aset tetap kami ada pelbagai fasa. Ye la, bukannya kami mampu dan mempunyai simpanan puluhan ribu. Hmm... kalau ada, sehari jer boleh terus pindah masuk. Syorga!


Kitchen cabinet idaman saya. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat di hati memiliki cabinet berwarna merah - hitam. Dulunya saya update yang belum siap di SINI tapi akibat kekangan masa saya tak sempat nak candid gambar yang dah siap dan seterusnya asyik tertangguh sampailah sekarang.


Pandangan dari tepi. Sangat puas hati dengan hasil kerja Syarikat Sri Kunang ni. Mudah dibawa berbincang. Design ni saya sendiri yang buat, hasil usaha mengoogle sana dan sini.


Ini pula ialah divider yang menghalang permandangan dari pintu utama terus ke pintu dapur. Asalnya rumah ini memang ada divider bersebelahan pintu tandas tapi telah dirobohkan kerana ruang makan nampak gelap apabila wet kichen dipindahkan ke bahagian belakang.


Tema untuk wet kichen adalah putih-biru-kelabu kerana ruang ini adalah sangat kecil. Sangat sukar hidup apabila tak bercabinet. Susah nak simpan barang-barang. Sekarang dah boleh menarik nafas lega. Alhamdulillah.


Design wet kichen adalah sangat minimalis dan basic. Cadangan nak pasang blind kat tingkap tapi tengah tunggu bajet lagi. Hihihi. Bersyukur apa yang ada.

Untuk mengetahui perkembangan sebelum dan selepas renovation, rajin-rajinlah klik under label Home Sweet Home. Semuanya tersimpan untuk rujukan kami sendiri di masa depan nanti.



07/07/2011

Si baju hijau

July 07, 2011 3 Komen

Si baju hijau rambut golong
Saja jak nak nempek gambar ri marek
Gago juak nak bermain ngan urang besar di depan umah


Perhimpunan BERSIH 2.0

July 07, 2011 8 Komen
Mungkin ramai yang masih blur tentang BERSIH 9 Julai 2011. Berikut ialah sedikit maklumat BERSIH. Jangan tak tau hal ehwal semasa kan? Lagipun BERSIH ni mungkin akan menjadi sejarah Malaysia yang mungkin akan merubah sistem demokrasi berparlimen kita sedikit hari lagi. Mungkin kan? Kalau diisytiharkan darurat, memang confirm masuk dalam SPM paper Sejarah tahun ni. Ya la kan, daripada negara yang aman damai, nak jadi macam negara orang lain kan? Berdemo sana-sini. Nasib baik lah Sarawak tak macam di sana tu. Ya, mungkin orang kata orang Sarawak ni bodoh, tak pandai nak melawan, tak berani nak memprotes, tapi bagi aku yang memang orang jati Sarawak ni, untuk apa nak perjuangkan semua tu? Janji negeri aman, makan minum cukup, lantak pi lah dengan pemimpin yang nak korek lubang kubur sendiri, nanti mati dia sendiri jawab la.

Ok, cerita tentang BERSIH. Nak kata aku ni sokong, tak lah, tapi aku cuma nak mengikuti perkembangan semasa. Lagipun BERSIH ni nak buat di sana, memang takde chance lah nak tengok live kan?

Pengenalan
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama
Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH
Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

Pelancaran BERSIH
BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.

8 Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam 

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah 

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


8. Hentikan politik kotor 

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



06/07/2011

Percaya Padaku - Ungu

July 06, 2011 0 Komen
Best pulak lagu Ungu ni
Lama tak layan lagu Indon
Nak tuju lagu ni kat Ayah Iman & Iman lah..
Ibu loves both of u!





aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku





05/07/2011

Jajan

July 05, 2011 1 Komen
Kenapa dalam hidup kita ni mesti ada jajan?
Siapa yang tak tau jajan?
Junkfood atau makanan ringan daa...
Hmm...
Saya nak haramkan Iman Madihah daripada makan jajan
Tapi bagaimana dengan orang-orang di sekelilingnya?
Ada yang tak faham, ada yang faham
Kalau keluarga terdekat, boleh lah saya bagitau, Iman tak boleh makan jajan
Mereka mungkin faham... dan ok
Tapi kalau orang lain yang tak berapa nak rapat?
Takkan saya nak larang mereka daripada bagi anak saya makan jajan
Dilemma sungguh ai..
Mesti mereka akan fikir saya ni mengada-ngada
Anak tak boleh itu, tak boleh ini
Tapi makan jajan tak baik untuk perkembangan otak budak-budak
Sebab tu saya nak elakkan Iman Madihah daripada makan jajan
Seorang teman pernah bercerita..
Ada seorang ustaz, anak-anaknya sangat bijak dan mudah dibentuk
Bila ditanya rahsia, cuma 1 je dia jawab
No fastfood, no junkfood... haram semua
Teringinnya nak dapat anak yang senang dibentuk macam tu
Dan sebab tu lah saya berharap sangat orang-orang di sekeliling saya faham
Mohon jangan bagi anak saya keropok, jeruk, gula-gula dan mee segera
Yang KFC dan sewaktu dengannya tu..
Memang tak dapat dielakkan tapi masih boleh dikawal


Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya....


04/07/2011

Bengkel Penerbitan Video Korporat

July 04, 2011 0 Komen
Minggu lepas sibuk berbengkel dan shooting
Enjoy!
Aktiviti pertama yang dianjurkan selepas pertukaran jawatan




Sukarnya berlakon


Bila sendiri dah berlakon, baru tau betapa susahnya nak jadi seorang pelakon
Untuk scene yang sempoi berapa kali nak cut
Pasni takmo marah pelakon profesional lagi lah!