Follow Us @soratemplates

21/02/2018

Mini DSLR.. konon

February 21, 2018 0 Komen

Sejak di IKN asyik ada event je Ayah Iman.
Best handle event.. katanya.
Kakmim dah lejukkkkkk... kata urang Serawak handle event.
(Lejuk = muak)
Hahaha.. bukan nak melawa.. tapi memang dah jadi dalam skop tugas pun.
(Melawa = menyombong)
😁😁😁😁

Setakat ni memang best lah setiap kali lepas event ada jer souvenir gift yang diorang dapat.
Yang bestnya Kakmim lah yang dapat, bukan Ayahnya. 😜
Dapat gelas Ikea 1 set.. towel Ikea besarrrr.. flask Ikea.. mug Ikea
Rasanya memang perempuan lah yang pilih gift tu.. sebab semuanya taste perempuan 😀
Benda kecik² tak pandang sangatlah... simpan jer dalam drawer ofis
Yang stok dari ofis pun tak abis pakai.. ni nak pakai yang souvenir pulak.. kih kih kih

Tapi...
The best gift ever.. yang kat bawah ni lah.
Tadaaaa...

DSLR tu... kikiki... mini pun mini lah 16GB

Sayang jer nak cucuk dan pakai 😍
Macam nak simpan jer dalam tu.
Sebab comel sangat
Sampai si bongsu Deklan dah declare dia yang punya
Eh.. Ibu punya lah.. bukan Deklan
Ayah bagi kat Ibu lah.. bukan Deklan 😂

Comel kan?

20/02/2018

Should I Ngerepak Dalam Hati?

February 20, 2018 0 Komen
Seorang rakan blogger nak buat comeback. Bukan seorang tapi dia ajak ramai². Komuniti yang dulu² tu. Komuniti blogger Sarawakian. Dan semestinya Kakmim teruja! Kalau tak teruja takdelah letak teaser poster seperti kat bawah sana tu.

Dan.

Kakmim masih tak buat keputusan lagi nak blogging dalam bahasa standard or bahasa Serawak. Kalau BM baku opkos ler skema tahap mahadewa. Kalau bahasa Serawak memang sesuai dengan tagline "Ngerepak Dalam Hati"

Dan.

Masih belum ada idea lagi.

Dan.

Perlukan cadangan.






18/12/2017

Monolog 1

December 18, 2017 2 Komen
Mungkin kakmim tak pernah cerita yang kakmim dah berpindah ke tempat baru. Yes, Encik Suami berpindah, kakmim pun mohon pindah. Nak follow Encik Suami banyak perkara yang nak difikirkan.

Insya Allah.. nanti kami sekeluarga akan bersatu kembali.

Tempat baru sebenarnya lagi kecik daripada tempat lama. Kalau diikutkan keluarga kecik maka pengurusan mungkin agak mudah sebab staf tak ramai. Tapi, sebenarnya... kakmim pun pelik.

Entahlah.. sebenarnya memang tak berapa nak seronok bila kerja takde teamwork. Sebab dulu di tempat lama kakmim terbiasa bekerja bersama geng² yang 1 kepala. Bila² boleh brainstorm pasal kerja. Memang macam banyak kekangan di tempat baru. Nak buat keputusan pun kena fikir banyak hati yang nak kena jaga. Memang susah. Nak buat macam ni, takut si dia ni macam ni. Nak buat macam tu, nanti si anu ni macam tu pulak. Susah.... ibarat diluah mati mak ditelan mati bapak. Tak profesional bila keja kena jaga hati orang padahal perkara yang kita nak decide tu perkara rasmi. Faham ke faham? 

Hanya kakmim jer yang faham. 

Bila ko selalu rasa ko teraniaya.. tapi pernah kah ko fikir kenapa orang 'menganiaya' ko? Betul ke orang 'menganiaya' ko? Ko cakap orang suka cari salah ko.. tapi pernahkah ko fikir benda yang ko buat tu betul ke? Pernah ke? 

Tak boleh ke nak berbaik sangka? Susah?




13/12/2017

Happy 9th (Pottery) Anniversary!!

December 13, 2017 0 Komen
13 Disember 2017 - 9 tahun yang lepas kakmim telah dinikahkan dengan jejaka pilihan kakmim sendiri. Chewahh... bukan kahwin paksa yek. Kenal - bercinta - bertunang - kahwin. 

Tapi takde idea pulak nak tulis apa sebab mode jiwang off. Hihi. Memandangkan Encik Suami bagi lagu ni hari ni di FB, maka kita layan jer.

Sepanjang Hidupku - Pilot Band

Dengan dirimu kini ku bahagia
Tak henti kau berbagi canda tawa
Hilangkan gairah lelah hatiku
hadirmu mengubah arti hidupku
Jadikan aku tawanan cintamu
Ku serahkan seluruhnya untukmu
Ku penuhi semua yang kau inginkan
Tiada yang penting selain dirimu
reff:
Sepanjang hidupku hanya ingin bersamamu
Di setiap waktu, di setiap waktu
Sepanjang hidupku tak ku relakan dirimu
Tuk tinggalkan aku, tuk tinggalkan aku
Sejuk kasihmu sampai ke tulangku
Hingga detak jantungku kan berhenti
Senyum manismu sinari hatiku
Tulus setia cintaku hanya untukmu




Mari layan Sepanjang Hidupku. 




30/11/2017

Mencari 'SYIMAHZ'

November 30, 2017 0 Komen
Ah.. sudah! Dok mencari pulak. Bila dah selalu lepak kat sini dok mencari pulak geng² blogger lama. Ada yang dah tak ingat pun link diorang. Apa kabar lah agaknya ye diorang. Entah ingat ke idok diorang kat kakmim ni. Nama pun dah tukau² dah ni. Hahaha.

Rasanyalah dulu kakmim memang guna nama IBU IMAN jer. Rasanyalah. Tak pasti pulak kalau ada guna nama lain. Hahaha. Tapi zaman muda remaja dulu memang guna NAGACUTE. Zaman jadi naga tu memang zaman kegemilangan lah. Siap ada blog untuk orang download lagu plak tu. Gigih benar zaman tu. Memang memblog jer kejanya. Download lagu Indon plak tu. Memang time tu lagu Indon tengah ngetop. Hmm... kenangan².

Yang pasti member blog dulu² ramai yang dah jadi member FB. Ada yang selalu jumpa, ada jugak yang masih kenal di alam maya je, tak pernah jumpa live lagi.

Tapi kan.... ada sorang blogger ni. Blogger zaman kakmim tak kawen lagi, zaman jadi naga lagi, namanya SYIMAHZ. Memang teringin sangat nak contact dia balik. Dah try email tapi failed. Blog pun dah tak ingat dah. Tak ingat plak sejak bila lost contact. Tapi dulu kitorang selalu share masalah kat blog, selalu komen² tapi memang tak pernah plak sampai bertukar² no hp.

Kalaulah SYIMAHZ ada terbaca blog ni. Pm kakmim ye. SYIMAHZ atau dulu suka panggil nama manja SYIM. Rasanya tua 2-3 tahun daripada kakmim.

SYIM... rindunya kat syim!! 


Ada apa dengan Disember??

November 30, 2017 0 Komen
Ehem.. November dah hampir melabuhkan tirainya.
Jeng... jeng... jeng..


Saya dan Dia

Ada apa dengan Disember??



29/11/2017

INGGA

November 29, 2017 0 Komen
Hampir 10 tahun dah saya kerja.. tipulah tak pernah down. Demotivated. Bosan. Semua saya pernah rasa, yang negatif². Saya pun bukanlah orang yang beraura positif selalu tapi saya suka mendidik akal dan jiwa saya agar positif. 

Dan kerana ada orang² yang negatif harus dijagai hatinya dan kita yang positif diignore perasaannya, kau rasa? Tak tau nak rasa apa. Marah. Geram. Benci, Down. Boring. Give up. Entah macam² bercampur-baur. Rojak dah jadinya.

Dan yang negatif terasa dirinya bagus. Perfect. Hebat. Baik. Cantik. Kot? Lagi pulak kau rasa annoying. 

Hmmm.....

Orang Serawak madah INGGAAAAAAA!!! Tauk sik????

Tau tak apa tu INGGA? Pernah dengar lagu Amir Jahari? Cuba googgle or youtube sana.

Chowww!!






**Gambar hanya hiasan semata².


23/11/2017

Entri pertama 2017!!!

November 23, 2017 0 Komen

Kebetulan pulak ye. Last update adalah pada 23 November 2016. Setahun yang lepas!! Hahahaha. Memang bersawang giler lah. Mintak mahap blog.

Tetiba hari ni terasa nak memblog. Alkisahnya petang yang indah lagi boring ini.. hihihi... saya pun jenjalan di alam blog aka blogwalking lah tu... saja nak cari ilham untuk masak malam ni. Tu yang tetiba terasa nak baca blog sendiri.

Dan... hasilnya. Terhasillah entri pertama untuk tahun 2017 ni... tapi dah nak hujung tahun pun. Nak abis pun tahun 2017. Sabor je lah ek blog. Takpe lah.. maafkan tuan tanah ye blog.. meh kakmim payung gambar-gambar anak-anak kakmim masa graduation concert hari tu. Senyum k.. senyum... jangan merajuk tau, cik blog. Kikiki..


Anak² kakmim ada 4 orang.. 3 laki² 1 perempuan... see see dah besar kan anak sulung kakmim... kerana dialah blog ni dulu banyak sangat ceritanya.


Hmm... cukup kot kakmim payung 1 gambar jek. Kalau rajin tahun depan kot update lagi. Hahahahaha...