Cara Untuk Mengelakkan Akaun Telegram Digodam


Jabatan kami suka gunakan aplikasi Telegram untuk urusan perbincangan dan penyebaran maklumat. Seluruh Malaysia semuanya berdiskus di Telegram. Belakangan ni ada je dengar member-member seperjuangan yang mengadu Telegram mereka kena godam. Tetiba je member lain dapat DM nak mintak tolong tranferkan duit ke akaun mereka. Tapi memang dah faham sangat modus operandi hackers sekarang ni, so orang akan call teruslah tanya. Apa main DM-DM nak mintak tranfer duit kan? Ada je caranya hackers dan scammer sekarang ni. Kadang-kadang nampak bijak tapi sebenarnya bodoh. Kenapa bodoh? Boleh ngaku sendiri pegawai dari LHDN tapi call kita masa bukan office hours. Nampak sangat kebodohannya di situ. Cakap pun pelat Melayu, agak-agaklah kan entah-entah warga asing yang try hard nak cakap bahasa Melayu.



Oleh itu, untuk langkah keselamatan kita bersama yang selalu menggunakan Telegram setiap hari, kita boleh aktifkan 2 step verification di setting Telegram kita. Jika ada orang lain nak log in Telegram atau hack akaun kita diorang kena verify terlebih dahulu. Untuk email rasmi pun saya aktifkan 2 step verification ni, kalau tak bawak henfon memang susah sikit jadinya bila nak login email dari pc/laptop lain.


Cara untuk aktifkan 2 step verification di aplikasi Telegram:

  1. Klik setting
  2. Klik Privacy and Security
  3. Klik Two-Step Verification
  4. Klik On

Nanti Telegram akan mintak kita masukkan recoery email, dan akan hantar kod ke email tersebut untuk kita aktifkan 2 step verification ni.


Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sakit hati dengan scammer ni, kita pernah kena tau, mujur cepat sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh.. nasib lah x terleka... akak ada ceta dlm blog x ceta scammer ni?

      Delete
  2. kita jarang guna telegram. thank you akak for sharing this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. cikgu anak² pun x guna telegram ke? zaman pdpr mmg majoriti cikgu guna telegram

      Delete
  3. thanks for sharing. kwn sy pernah kena hack dgn scammer. abis semua kwn terima msg minta pinjam duit. kesian dia x leh guna akaun telegram itu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. kalau member call dan tanya nasib baiklah... kalau jenis yg terus tranfer tu mmg gelak besarlah scammer

      Delete
  4. hanya mereka yang kurang cerdik sahaja boleh kena tipu oleh scammer...cara sidak menipu pun sangat peliik adakah patut buat penyiasatan menggunakan telefon...kalau betul nak siasat jumpa di pejabat betul-betul

    ReplyDelete
  5. adik saya pun terkena baru2 ni, telegram kena hack...mcm2 sekrg ni...bagus buat 2 verification..utk keselamatan..

    ReplyDelete
  6. Jarang guna telegram. Tapi, info yang kak mim share ni bermanfaat. Makceh. He3.

    ReplyDelete
  7. pernah kena ngan scam...geram je diaorang ni kan

    ReplyDelete
  8. Elok sangat post yg ni. Baru2 ni ada seorang kononnya beliau cikgu kat sekolah men dania dulu tele la saya. Lepas tu dia suruh click link katanya duit rahmah RM200 dia pun dah dapat. Bila camtu rasa geramnya camne dia tahu tele kita. Mulanya mati mati ingat cikgu anak yang telegram.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form