Majlis Ihtifal PASTI

Simpan sini event 20 Februari 2022
Dah beberapa bulan berlalu
Alan pun dah darjah 1 pun dah sekarang
Setelah 2 tahun akhirnya tahun ni dapat jugak menghadiri Majlis Ihtifal PASTI secara bersemuka
Walaupun tak dapat berkumpul semua untuk seluruh PASTI di Petra Jaya
Kena pakai penggiliran dan masa juga limited
Tapi, at least ada jugak kenangan untuk si bongsu ni
Si Awan yang tamat PASTI tahun 2020 terus takde kenangan macam ni
Bergambar studio je lah di sekolah

Alan bersama BFF nya

Queque nak naik pentas


Sedih sangat muka ni Lan


Entah kenapa tetiba boleh terscreenshot ni sebelum nak ambik video
Rupanya Alan salah seorang penerima anugerah Mumtaz tu


Alan menerima sijil dari Pengerusi PASTI Kuching



Kawan-kawan Alan.. cer carik Alan di mana


Dia duduk rupanya.. hihihi
Sijil pun dapat 2 ye Lan
Tahniah Alan... semoga terang hati selalu & mengekalkan kecemerlangan di sekolah rendah


Tak boleh ramai-ramai
Ayah dan Ibu je lah yang teman Alan



Alan si bongsu juga ketua kelas tahun 1
Kah kah.. memang padan pun sebab Alan ni memang kaki komplen


Terjumpa cikgu masa Alan di PASTI masa 4 tahun
PASTI ni PASTI kedua bagi Awan & Alan
Banyak kenangan di PASTI sebab ada 2 PASTI
So boleh beza pengurusan setiap PASTI
Kakak je bukan budak PASTI
Tapi syukur dapat jugak kakak ke sekolah agama dulu

Apapun, rezeki anak-anak lain-lain kan?
Awan memang tak lepas ujian kemasukan ke sekolah agama




Tapi Alan lain kes pulak
Tak pergi ujian pun sebab masa tu positif Covid-19
Jadinya abang & kakak ke sekolah agama
Awan dan Alan ke sekolah biasa je

Semua sekolah sama je sebenarnya kan?
Cuma bila dah ke sekolah biasa ni santai je
Sekolah agama pulak banyak persaingan al-maklumlah semua yang masuk tu yang terpilih
Kalau tak betul-betul champion memang average je lah di situ
Tapi di sekolah biasa ni, kebarangkalian nak menyerlah tu memang ada
Seronok Awan dan Alan di situ
Alhamdulillah..


 

Post a Comment

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥