Gembiranya Zaman Kanak-Kanak

Semalam (Jumaat) sekolah Awan & Alan ada sambutan raya peringkat sekolah
Excitednya alahai.. dulu sambut di tadika je
Awan walaupun dah darjah 2 tapi baru tahun ni merasa event macam ni
Alan jugaklah untung
Oleh sebab diorang balik kol 10 pagi maka Ibu yang ambik diorang
Jarang-jarang Ibu pick up diorang berdua ni balik sekolah
Tukar syif pulak Ibu dan Ayah semalam

Happy sangat muka balik sekolah
Bestnya jadi budak-budak
Takde masalah pun yang diorang nak fikirkan
Alan dah simpan songkok dah sebab dia cakap kepala dia dah letih, basah dah rambut sebab peluh banyak sangat
Eh, macam pelik je..ikut suka dia je nak buat ayat
Hahaha!

Ibu pun tak tau ni kawan-kawan Awan atau Alan
Sebab Alan ni lain macam sikit suka berkawan dengan kawan-kawan abang yang darjah 2
Semua kawan Awan dia tau nama
Tapi Ibu dengar jugak kawan Alan bisik kat dia yang dia ada jumpa abang Alan (Awan)
Seronoknya zaman sekolah


Minggu ni Ibu malas pulak nak masak untuk bawak ke sekolah
Minggu lepas jamuan raya di sekolah Abang Ibu masakkan pasta goreng
Untuk Awan Alan Ibu bawakkan snek dahfa, cornflake honey & keropok lekor je
Budak-budak umur ni bukannya nak makan heavy sangat pun
Kalau tahap 2 baru pemakan sikit


Masa berjalan menuju ke kereta
Berpegang tangan pulak Upin Ipin Ibu ni
Bila Ibu tunjuk gambar ni kat kakak Iman, gelak je kakak diorang tengok
Bukan apa, Awan ni sejenis ego sikit
Bila dah ego, paham-paham je lah
Hahaha!

 

Post a Comment

4 Comments

  1. meriah raya kat sekolah tahun ni.. sronok bdk2 dpt raya dgn kwn2.. dh 2 tahun xmerasa..

    ReplyDelete
  2. iyer...tumpang seronok tgk ragam & gelagat diaorang kan...

    ReplyDelete
  3. pandai budak-budak ni posing. simpan buat kenangan beraya selepas 2 tahun covid

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥