Minum Pagi di Aik Seng Cafe, Sarikei

Sebenarnya kami jalan-jalan explore tempat di Sarawak ni sebab nak bawak #theIMANs merasa makanan di daerah lain. Macam orang kata, nak makan mee kolok ori, laksa Sarawak ori, kenalah ke Sarawak. Tapi kalau di dalam Sarawak sendiri, di mana mee kolok dan laksa Sarawak ada je jual di mana-mana, makanya tak wajib nak try dah cuma kalau ke Sarikei, mesti orang kata wajib makan roti bakar di Aik Seng Cafe. Ya, begitulah ya objektif kami ya tuan² dan puan². Lebih kurang pembelajaran berdasarkan pengalamanlah kiranya.

Dan akhirnya tercapai jugak hasrat Ayah Ibu bawak mereka berempat makan roti bakar di Aik Seng Cafe. Apa yang istimewanya? Entahlah, roti bakar je pun kan, tapi roti bunnya garing bila digigit dan gebu bila dikunyah, macam tu lah. Yang kami order ni yang special, peanut butter, kaya dan butter. Ada je lagi menu roti bakar yang lain. 

Roti kawen ada, roti tunang ada, roti sardin ada. Pernah orang bagitau kena try jugak roti sardin kat sini tapi saya terlupa sebab perut saya masih kenyang lagi masa sampai di Aik Seng.

Full house pagi tu. Kami terpaksa berdiri sekejap tunggu ada meja kosong. Kat sini tak ada sistem macam di Mee Kolok Sepinang Sari. Orang ramai bertunggu tapi di sana memang dah ada sistem diorang. Masa berdiri lagi staff dah ambil order. Sini tak, berdirilah ko sampai orang angkat balik baru dapat tempat duduk. Bak kata Encik Suami kena ada survival skill yang tinggi kalau nak minum di sini.

Mana taknya, orang ambil order pun main jerit-jerit je. Dialah ambik order dialah cashier, tulis menu yang kita order memang taklah, saya risau jugak dia silap send order dengan staf di dapur. Tapi bila dia jerit memang betul. Hahahaha. Nak order dari stall-stall lain pun sama, bila dah order, jangan terlalu mengharap ye, mungkin order ko tak akan sampai ye. Hahaha. Gila lah mencabar. Ini haa mee koloknya gambar di atas ni, diorang pakai mee pok (flat mee). Saya tau mee kat sini memang mee kicap, dan #theIMANs sebenarnya tak suka mee kolok kicap macam ni. Tapi dapat je tempat duduk Awan terus order mee kolok, saya diam je, order je lah, biar dia rasa mee pok kolok kicap tu. Hahaha.. sejenis mak yang jahat kan? Biar anak dia merasa sesuatu yang baru, barulah belajar dari pengalaman gitu.

Sempat snap gambar tokey, yang chinese lady tu. Dialah yang main jerit-jerit tu. Memang lihai wo cakap lu. Jangan pelik eh dekat Sarawak ni memang biasa kedai makan tokeynya cina tapi stall yang jual makanan semuanya melayu Islam. Tapi air minuman memang main bisnes tokey. Dan yang makan di sini pun pelbagai bangsa. Abang order laksa Sarawak tapi sampai ke sudah order tak sampai, hahaha. Biarlah dia asyik² laksa, baru je makan laksa Sarawak hari tu dari siang ke malam.

Topik pembelajaran seterusnya ialah sejarah pulak eh. Aik Seng Cafe ni sebenarnya deretan kedai lama. Shoplot lama berdepan dengan jeti/wharf untuk bot ekspress ke daerah kecil yang lain di sekitar Sarikei. Memang area busy jugaklah di sini. First time ke sini tahun lepas saya pun tak sangka masih wujud kedai lama macam ni. Piring yang dipakai untuk mee kolok tu memang orang jarang pakai dah sekarang. Perabot pun masih mengekalkan konsep perabot lama dulu. Macam tak ada renovation dari dulu rasanya. Tapi bisnes masih bertahan sampai sekarang. Memang padu.


14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. sedapnya roti bakar. roti bakar ni nampak je simple tapi tak semua sedap hehe

    ReplyDelete
  2. roti bakar tu comel dan mengiurkan

    ReplyDelete
  3. dapnya..walaupun just roti bakar je, nampak garing sgt..
    morning kak mim!!!

    ReplyDelete
  4. kedai legend..orang semenanjung kalau datang sarawak mesti kedai ni antara yang disebut katanya roti bakar arang ye kakmim?

    ReplyDelete
  5. Ooo, tokey...patut boleh jerit² haha....
    So apa reaksi Awan bila makan Mee kolok kicap tu? Hehe ...

    ReplyDelete
  6. hmm mantap betul masih bertahan, saya penasaran nak cuba mie kolok

    ReplyDelete
  7. Lumayan ramai ya kak...saya tu suka roti selai srikaya...lembut bangeet

    ReplyDelete
  8. hahahah kalau tgh lapar tu mesti hangin kalau makanan tak di terima bila dah oder

    ReplyDelete
  9. Hihihihi! Mesti meriah suasana tokey jerit2 ni kan kak. Apapun janji perut kenyang senang hati. Hihihi!

    ReplyDelete
  10. pernah pergi CK tapi sik sedar ada restoren tok...nampak gaya perlu ke CK mun macam tok hehehehe

    ReplyDelete
  11. Penuh kedai dengan pelanggan. Roti pun nampak menggoda hihi

    ReplyDelete
  12. menarik nmpk roti bakar special tu

    ReplyDelete
  13. Sama macam kebanyakan kopitiam lama kat Ipoh, Muar, Batu Pahat.. kadang ada restoran tauke cina, tapi stall melayu.. tapi, minuman mmg tauke punya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form