Halah.. halah.. hari Jumaat kan, memang malas. Mentang-mentanglah esok cuti.
Bekfes mee cup jer, air panas pun tak buat. Air kosong je lah pepagi ni.
Sesekali takpe lah kan?
Korang bekfes apa tu?
Jangan bekfes mee segera jugak eh, tak baik tau.
Makan mee segera tidak digalakkan secara kerap kerana beberapa sebab berikut:
1. Tinggi garam (sodium)
- Kandungan garam yang tinggi boleh tingkatkan risiko tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang.
2. Rendah nutrisi
- Mee segera biasanya rendah serat, vitamin, dan mineral penting. Ia tidak seimbang untuk dijadikan makanan harian.
3. Tinggi lemak & kalori
- Kebanyakan mee segera digoreng sebelum dibungkus, jadi kandungan lemak dan kalorinya tinggi, boleh sebabkan kenaikan berat badan jika dimakan berlebihan.
4. Mengandungi bahan pengawet & perisa tiruan
- Untuk tahan lama dan rasa sedap, mee segera ada banyak bahan tambahan yang tidak baik jika diambil terlalu kerap.
5. Risiko masalah pencernaan
- Ada individu alami kembung, pedih ulu hati atau sembelit lepas makan mee segera, terutamanya jika perut sensitif.
Sesekali makan tak mengapa, tapi seimbangkan dengan makanan segar dan elakkan jadikan ia rutin.

8 Comments
Sesekali teringin boleh la....jangan makan selalu.....banyak mudaratnya dari kebaikan.
ReplyDeleteSesekali ja, tak selalu pun.
ReplyDeleteYang sesekali tula bahan tambahannya bukan main penuh, buat sama seperti dlm gambar, hahaa~
Barula tak rasa bersalah sangat.
Tersedak baca... sebab sedang lunch Mee Sedap goreng.. malas nak turun kantin.
ReplyDeleteTambah sayur, tambah telur, tambah daging, tambah seafood, tambah ayam jadilah berkhasiat dan menyelerakan
ReplyDeleteSaya pun dah lamaaa tak makan mi segera ini 😅😅. Memang tak terlalu suka. Sesekali okelaah. Itupun selalunya tambah bawang, sayur, telur, jadi ada gizinya lah
ReplyDeletememang kena kurangkan laaa.....MZ suka la mkn megi gini, so kena control nafsu
ReplyDeleteMakan mi cup ni kalau travel. Sesekali boleh kot kan. Jangan selalu. Maggi cup ni sesekali makan terasa nikmatnya.
ReplyDeleteTengah baca entry ni, anak masak megi kat dapur, tapi saya dah pesan pada babah deme jangan beli dah megi, nak makan, masak nasi.. hehehe..
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!