Tengah hari semalam member forward gambar patient di hospital. Saya baca captionnya. Baca sekali tak percaya, baca sekali lagi. Ya, memang dia. Rupanya junior kami di ofis lama dikejarkan ke emergency hospital swasta berdekatan area rumah kerana sesak nafas dan sakit dada! Rasa nak menangis pun ada. Iyalah dah macam adik-adik je kan, tetiba dapat berita macam ni pulak. Sedihnya alahai.
Suaminya memaklumkan doktor macam suspect heart attack tapi perlu investigate lagi. Dapat lagi berita pagi ni, hari ni baru akan full scan untuk investigate lagi sebab doktor maklumkan jantung ok, mungkin bukan masalah dari jantung. Allahu, semoga dipermudahkan semuanya.
Junior saya ni on medication untuk depression. Saya ingatkan side effect daripada ubat tu, tapi rasanya memang taklah. Try jugak lah Google, takut anxiety melampau ke sebab dia mengadu susah bernafas dan sakit dada yang mencucuk-cucuk. Apapun semoga semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Doktor pun cakap nasib baik cepat dibawa ke hospital.
Jaga kesihatan ya kawan-kawan!! Jangan overthinking sangat, kerja tinggal di ofis je, balik rumah lupakan sekejap kerja-kerja ofis tu. Sebab tu la Gen Z memperjuangkan work-life-balance kan? Malangnya kita ni bukan Gen Z.

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!