Besok ada orang nak bersunat. Hari ni kenalah top up stok bahan masak untuk orang berpantang. Hihihi. Lagipun memang tak restok lagi stok ayam ikan.
Tak sure ikan apa, ambik gambar sebab aestetic.
Balik rumah, terus basuh semua ayam dan ikan untuk dimasukkan ke dalam bekas-bekas. Beli ikan tenggiri, seller sedekah kepala ikan tenggiri. Confirm jadi kari kepala ikan la lepas ni.
Tak ada seafood, sotong ada tapi malas nak siang so tak beli. Udang pun ada je tadi, tapi macam takde idea nak masak apa dengan udang so tak beli. Lagipun #theIMANs tak gemar makan udang. Janji ayam ada, bahagian wing pun ada, so selamat la.
Siap untuk disimpan di dalam freezer.
Stok ikan bilis (dah siap kopek) dan ikan tenggiri masin.
Limau kasturi dan cili.
Kacang panjang, terung dan serai. Semuanya RM2 seikat. Kacang panjang, limau kasturi dan terung, beli dari kedai yang sama so dapat 3 ikat RM5.
Besok Awan bersunat, confirmlah 3 hari akan bertapa di rumah. Dalam kepala dah dikir dah nak masak apa untuk budak berpantang. Hihihi.






0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!