Aim keluar pada hari Sabtu yang lepas nak setelkan barang budak-budak sekolah. Tak nak jadi macam awal tahun ni, sebab last minit baru nak cari sampin sekolah di Hari-Hari hanya saiz yang besar-besar je yang tinggal. Nak beli online nanti tak cun pulak terpendek ke terpanjang ke, itu yang lemah. Barang-barang budak ni nak kena fitting jugak. Cerewet ye mak IMANs ni.
Lega rasanya hati bila masih banyak saiz yang boleh dicuba. Actually Awan last year pakai baju melayu sekolah bersampin, nanti dah di sekolah menengah dah takde dah nak pakai baju melayu lagi. Tapi takpe, Alan masih ada lagi nanti tahun 6 tahun depan. Stokin hitam pun setel di Hari-Hari walaupun yang lama masih elok lagi, nanti boleh la buat tukar-tukar.
Kakak baru je beli baju baru bulan 10 hari tu, lengkap dengan tudung. Abang pun sama, seluar sekolah pun ada 1 lagi tak pakai, baju lengan panjang pun sama tak pakai lagi. Rasanya tak perlu beli kot.
Pengawas 2 orang takmo beli baju baru. Sebab baju pengawas biru dan hijau masih elok, katanya. Tapi seminggu berapa kali je pakai, selebihnya pakai baju PJ je, sebab tu diorang kata masih elok kot. Cuma nak beli seluar PJ je lah lepas ni. Ayahnya tak berkenan material seluar di Hari-Hari. Selalunya memang beli yang Forest atau A-Level je, tebal sikit materialnya. Abang pulak dah beli awal seluar PJ sekolah masa hari pemuafakatan hari tu, sekali dengan stok buku latihan. Rasanya macam tak banyak lah nak beli lagi. Stationaries pun dah banyak, tinggal nak top up pen je. Cuma macam nak kena beli buku teks baru je lah, sebab Awan Alan banyak dapat buku teks yang buruk, nak pegang pun geli-geleman. Macam manalah parents budak sebelum ni, memang tak pantau langsung ke buku teks anak diorang. Kita ni la yang jadi mangsa dapat buku teks buruk.
Sekejap je kami di Hari-Hari. Orang masih belum berapa ramai tapi dah mabuk kepayang jugak tengok ragam budak-budak yang ke sana ke sini tak dengar cakap mak pak diorang. Baiklah kita beredar sebelum anak orang jadi mangsa. Hahaha.
Walaupun macam tak banyak shopping, dah 100 lebih jugak. Dapat free kalendar dan kitchen towel.
9 Comments
baju sekolah my razeen memang ada 2 kedai yg MZ selalu singgah..beli kat situ ajer...bj sek ariff, pun ada one specific kedai yg jual bj sek alamin tu
ReplyDeleteWah .. Kak Mim dah settle.. Naniey belum settle apapun untuk Naura lagi ni..
ReplyDeleteNak kene cari jugak baju melayu sekolah si Aiyan kat hari-hari kalau kt mall takde saiz beso
ReplyDeleteBab nak pegang buku teks buruk tu memang real, geli kadang tapi dulu² terpaksalah pakai jugak. Banyak perbelanjaan anak² naik sekolah, nasib la ada yang okey tak payah tukar baju.
ReplyDeleteCie pun sejak dari anak masuk darjah 1 suka beli di Hari2. kualiti elok.
ReplyDeleteMasa anak2 sekolah dulu memang selalu ke Hari2 sebab itu lah saja kedai yang ada yang berdekatan. Banyak pilihan dan senang.
ReplyDeleteKeningayu belum ada gedung jual kain hari hari, masa di terenganu hari tu pergi sana ada Hari Hari jika tak salah ..
ReplyDeleteTuhlaaah... Di sinipun sama. Tiap kali tahun ajaran baru, anak2 dpt buku teks yg buruk. Bingung saya, saat mengembalikan apa tak diperhatikan oleh orangtua sebelumnya, atau memang dia pun tak peduli.
ReplyDeleteSaya saja selalu cek lagi buku2 anak..kalau memang ada yg robek, selalu saya ganti.
Dah sibuk mempersiapkan tahun ajaran baru di sana ya kak. Di sini tiap bulan July. Sekarang anak2 tengah libur natal saja.
Kita belum susun lagi, huaaa~ cuma tahun ni mungkin beli uniform utk Adli je, dia tu makin panjang badannya, uniform daripada form 1 lagi. dua lagi rasanya tiada apa sangat melainkan buku, buku teks pun almost dapat yg baru, semoga diberi kecukupan sampai ke hari sekolah.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!