Exchange Gift 2025

Perhimpunan staf terakhir untuk tahun 2025, ada tukar-tukar hadiah. Tahun ni macam trending pulak konsep tukar-tukar hadiah ni, di sekolah pun dah ada tukar-tukar hadiah jugak. Tukar-tukar hadiah di ofis ni bukannya apa pun, saja nak menghiburkan hati, reward diri sendiri dan kawan-kawan setelah setahun berhempas-pulas mencapai KPI jabatan. Ok lah kan? Di samping tu dapat juga mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama staf. Kami tetapkan minimum hadiah bernilai RM20.

Apa Itu Pertukaran Hadiah di Ofis?

Pertukaran hadiah (gift exchange) biasanya dilakukan secara berkumpulan dengan bajet tertentu – contohnya RM10 atau RM20. Nama peserta dimasukkan dalam balang dan setiap orang akan 'cabut nama' secara rawak. Hadiah disediakan tanpa mendedahkan identiti pemberi, menjadikan ia lebih menarik dan misteri!

Strategi kami pula menggunakan Wheel of Names. Korang imagine sendirilah ye main "saya putar Halimmm!!" "Wang besar! Wang besar!"


Manfaat Pertukaran Hadiah di Tempat Kerja

1. Mengeratkan hubungan  
Aktiviti santai seperti ini bantu membina hubungan mesra dan suasana kerja yang lebih harmoni.

2. Menceriakan suasana pejabat  
Hari pertukaran hadiah akan jadi lebih meriah – ada kejutan, gelak tawa dan kenangan manis.

3. Meningkatkan semangat pasukan  
Saling menghargai walau dengan hadiah kecil menunjukkan semangat teamwork dan kebersamaan.

4. Menggalakkan kreativiti  
Peserta akan cuba mencari hadiah unik, kreatif dan sesuai dengan bajet.


Kami tak ramai tapi kami ada.

Rezeki hari ini, ada yang sumbangkan doorgift untuk semua. Doorgift anak-anak lupa nak snap. Anak-anak pun dapat. Murah rezeki kawan-kawan kami ni.


Give anda take, saya, pemberi dan penerima. Rezeki masing-masing.

Tips Pertukaran Hadiah Ofis Yang Berkesan

  • Tetapkan tema hadiah seperti "warna pink", "barangan pejabat", atau "hadiah kelakar".
  • Gunakan platform online seperti Google Form untuk urus peserta.
  • Elakkan hadiah terlalu peribadi atau sensitif.
  • Pastikan bajet jelas dan adil untuk semua.


Geng bertuah dapat hadiah bantal.

Semua dengan hadiah masing-masing.

Pertukaran hadiah macam ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar dalam membina semangat kerja berpasukan. Jadi, jangan pandang ringan aktiviti ini. Yang penting ikhlas dan redha. Redha menerima apa saja pemberian orang lain dan ikhlas memberi kepada orang lain.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulilah rezeki masing2. Seronok ada aktiviti gini sebab penuh suprise

    ReplyDelete
  2. Ni bukan kami tak ramai kak Mim.. kami ramai ni..hahaha..
    Linda pernah kerja dekat Lumut, yang staff dia ada 12 orang je..yang tu baru tak ramai..hihi..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!