Setiap hari kalau tak hujan memang akan ke rumah satu lagi, nak tengok progress. Alhamdulillah agak laju jugak progressnya. Sekarang tengah dalam proses mengecat, kitchen cabinet dan wardrobe pun dah dibawa masuk. Saya agak bila setel detailing mengecat naiklah kitchen cabinet & wardrobe tu. Macam boleh je setel sebelum puasa. Insya Allah, semoga dipermudah semuanya.
Dah nampak sikit dah design.
So far bilik tidur semua dah nampak konsepnya cuma bilik tidur 3 lupa ambik gambar. Master bedroom je belum lagi. Baru siap pasang dinding, sebab ada buat sikit renovation pada ruang master bedroom.
Sekarang nak cari frame kalimah untuk ruang depan pintu masuk rumah. Nak beli di Tiktok takut jugak masa postage nanti ada defect. Serba-salah dibuatnya. Kenapalah di Kuching ni tak ada yang mur-mur macam kedai-kedai yang ada di Tiktok??
Nak deco ruang ni. Nak letak frame kalimah atau surah je area sini. Masuk-masuk rumah terus nampak surah dan baca dalam hati gitu. Tengah survei design khat sekarang. Ada cadangan kedai yang korang pernah beli boleh post di komen k.
1 Comments
tak sabar dah Mim kan, nak masuk rumah baru, suasana baru, semoga di permudahkanNya buat Mim sekeluarga, aamiin
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!