Strategi Mak-Mak di Bulan Ramadan

Bulan puasa ni kita mak-mak ni kena bijak sikit mengatur strategi. Kalau boleh freezer wajib penuh supaya senang nak plan apa yang nak dimasak. Eh, kena la rancang dulu menu kan baru la penuhkan freezer. Tahun lepas ada menu 30 hari Ramadhan, tahun ni malas pulak nak buat. Kalau takde idea, bukak la balik Google Sheet tahun 2025, apa susah kan? Alaaa, kita yang buat dia.

So far 5 Ramadan tiap-tiap hari masak tanpa gagal. Kuih-kuih tu lain cerita la, janji saya masak 1 menu protein dan 1 menu sayur, macam biasa. Bersahur pulak, makan menu yang sama, atau menu yang lagi simple dan ringkas.

Hujung minggu top up bahan mentah untuk masak berbuka. Tapi takdelah semuanya saya beli. Suka-suka ambik gambar, ada jugak content untuk blog kan? Korang ok ke tu? Dah masak ke belom?

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Sy wpun SAHM simpan juga lauk frozen 2-3 bekas. Kadang ada urusan di luar rumah, x sihat ke at least dah ada makanan utk berbuka/sahur. Yang penting ada plan & preparation.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!