Makan Tengah Hari di Cinta Rasa Airena Ikan Sungai, Bentong

On the way ke Temerloh, driver bawak kami singgah lunch di Bentong. Rambang mata weh! Target nak cari ikan keli tapi Temerloh kan, signature ikan patin dan ikan-ikan sungai yang lain yang besar-besar. So kensel la ikan keli, carilah ikan lain selain ikan patin. Yang penting mesti masak lemak cili api. Saya tak makan ikan patin. Hihi. Entah kenapa la ramai orang Sarawak tak makan ikan patin. 

Kami di sini, glamer jugak kedai ni sebab ada banner kuning sempena Sultan Pahang mencemar duli singgah bersantap di sini tahun 2024 dulu.

Papa Terlajak Laris pun makin di sini la wakkk. Saya yang kebuluran dah makan dah, member-member pulak ajak bergambar dengan Dato AS ni. Sporting je dia, sebelum kami ada jugak yang bergambar dengan dia.

Lunch saya di Bentong

Mengabadikan kenangan bersama pegawai Kolej Komuniti Temerloh dan driver yang baik hati menjemput kami di KLIA.

Next nak cari sambal hitam ori Pahang pulak. Nak buat ole-ole dan stok bersahur di bulan puasa nanti. Heh heh heh.



 

Post a Comment

0 Comments