Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Lawatan Penanda Aras?
Lawatan penanda aras merujuk kepada aktiviti pembelajaran terancang di mana sesebuah organisasi membuat perbandingan amalan terbaik (best practices) dengan institusi lain yang diiktiraf cemerlang dalam bidang tertentu.
Menurut American Society for Quality (ASQ), benchmarking ialah alat penting dalam pengurusan kualiti bagi meningkatkan prestasi organisasi melalui pembelajaran daripada pihak lain yang lebih maju.
Mengapakah Lawatan Penanda Aras Perlu Dilaksanakan?
1. Mendedahkan Unit kepada Amalan Terbaik
Setiap institusi mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri dalam mengurus kualiti. Melalui lawatan penanda aras, UJK dapat mengenal pasti amalan terbaik yang telah terbukti berkesan dan berpotensi untuk disesuaikan mengikut konteks institusi sendiri.
2. Menambah Baik Sistem dan Proses Dalaman
Pemerhatian secara langsung membolehkan unit menilai jurang (gap analysis) antara amalan semasa dengan standard yang lebih cemerlang. Ini seterusnya membantu UJK merangka pelan penambahbaikan yang lebih realistik, praktikal dan berimpak tinggi.
3. Memperkukuh Budaya Kualiti dan Penambahbaikan Berterusan
Benchmarking menyokong prinsip Continuous Quality Improvement (CQI) yang menekankan pembelajaran berterusan dan adaptasi perubahan. Pendekatan ini selari dengan standard pengurusan kualiti seperti ISO 9001 yang menggalakkan organisasi belajar daripada pihak berkepentingan dan rakan strategik.
Diari Lawatan Penanda Aras
Hari kedua di titik tengah Semenanjung Malaysia. Dari seberang laut kami ke negeri Tok Gajah untuk menuntut ilmu. Kami sangat gembira di sini.
Best vibe di kolej ni. Besar sebab kampus sendiri. Kolej kami di Sarawak semuanya di shoplot rumah kedai.
Sampai-sampai terus dijamu sarapan pagi.
Objektif kami menimba ilmu dari sahabat-sahabat di Temerloh. Sukanya sebab semua penyelaras function dan tak lokek ilmu.
Panas-panas pun nak jugak berposing.
Hari ni dari pagi ke malam makan saja kerjanya. Makin banyak input berkenaan pengurusan kualiti masuk, semakin berselera pulak makan. Hihihi. Makan sebab lapar ke makan sebab stress ek?
7 Comments
boleh diperbaiki apa yang patut dengan lawatan begini. taktau pulak KK Temerloh ni besar. yang kat Lipis ni pun kecik je. tak banyak course yang ada.
ReplyDeleteBesar sini cie, ada 4 program sepenuh masa.. jenuh berjalan nk ke blok bilik kuliah tu
Deletewah...bestnya.. dekat teluk intan pun macam dekat shoplot kedai je...tapi, besar juga
ReplyDeletemakan sebab happy. Pernah buat penanda aras. bagus sebab dapat kumpul maklumat2 yg boleh diimplikasi kat opis. Kadang-kadang ada yang kita tak tahu rupanya benda tu wujud dan kena buat. haaa tapi yang penting tambah kenalan dan kabel :p
ReplyDeleteKita orang kadang buat lawatan bila ada program hospital lain yang lebih bagus jadi buat lawatan tu macam lawatan sambil belajar lah kut ada input baru yang boleh di apply kat tempat kerja. Sambil jalan sambil cuci mata. hehehehe
ReplyDeleteOh Ini dalam rangka belajar ke sana ya kak. Bagus juga kalau dapat belajar dari kolega di kota lain. Bisa saling sharing ilmu
ReplyDeletebest ni outstation jauh2 sikit ;)
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!