Sorry!!!! Lamaaaaa sangat tak update, walaupun banyak je cerita nak update. Biasalah bila cuti, semua cuti. Sebelum raya haji hari tu sibuk di ofis sebab nak setelkan kerja sebelum cuti, bila sibuk memang tak dan nak update blog. Bila dah mula cuti terus la tenggelam di laut dalam.
Minggu ni Sarawak cuti sampai 4 Jun nanti. Long long long public holiday. Plus lagi cuti sekolah. Tapi kami tak ke mana pun. Ada je.
Korang sarapan apa hari ni? Pagi ni tema barat. Hahaha.
Konon-konon nak ke jambatan baru, Jambatan Batang Lupar 1 tu hari ni tapi semua bangun lambat. Malam tadi balik lambat dari rumah mak. Bila dah nak tengah hari ni malas pulak nak keluar rumah, cuaca panas sekarang lepas tu dah lewat ni confirm jem sebab hari ni baru hari kedua Gawai.
Apapun selamat hari Gawai bagi yang meraikannya, gayu guru gerai nyamai!! Ne tauk ada kaban Dayak yang baca posting tok nak? ðŸ¤

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!