Today is the day!! Hari ni kemuncak hari sukan untuk sekolah Iman dan abang. Semalam lagi dah mula acara padang dan hari ni perbarisan lintas hormat badang beruniform dan perbarisan rumah sukan. Abang terlibat dengan perbarisan kawad kaki Pengakap dan kakaknya perbarisan dan persembahan rumah sukan Wallabies.
Yeay!! Kepala maskot yang dipakai oleh Rais. Rais ni kawan Iman dari sekolah rendah. Dulu kecik jer budaknya, sekarang mak ai dah tinggi!! Sebak pulak tengok anak-anak dah semakin membesar.
Nampak tak maskot Wallabies berbaju melayu maroon tu? Siap bersilat pulak tu depan stage VIP.
Rumah sukan Iman, Wallabies, abang pulak rumah Lions. Tahun ni dia join kawad kaki Pengakap dan grup pengakap takde guru, semua pelajar. So tak adalah gambar-gambar mereka. Gambar-gambar rumah Wallabies ni semua cikgu share di telegram grup Wallabies.
Ahli Wallabies yang terlibat dengan persembahan.
Screenshot dari video yang cikgu share je. Iman 2 dari kiri. Kagum pulak dengan budak-budak ni, serba-serbi berbakat. Takde cikgu pun yang melatih diorang, semua pelajar. Yang lelaki pun belajar zapin dari Youtube je. Dan surprisingly pelajar yang berzapin tu atlet dan pemain rugbi sekolah. Memang semua boleh la. Debater pun ya jugak. Belajar pun pandai, top 3 seluruh tingkatan 4 dulu. Isk, hebat anak jiran saya tu.
Tunggu jugak group photo ahli kontinjen Wallabies tapi tak ada. Seronok tengok anak-anak menari. Iman yang hujung sekali sebelah kanan. Ngam pulak kerja urgent pagi tadi siap, cikgu share video di grup telegram. Meriah sungguh. Semua rumah best, All Blacks, Springbox, Lions. Memang susah jugak nak tentukan pemenang persembahan rumah sukan. By the way besok baru pengumuman semua acara yang dipertandingkan.
Masih menunggu gambar si abang. Kesian pulak takde kenangan dengan kontinjen Pengakap. Abang cakap ada abang senior ambil tapi belum lagi dishare. Kalau ada, nak juga simpan di sini.
Tahun ni tahun terakhir Iman di bangku sekolah. Sedih pulak rasa, Lepas ni diorang akan sibuk dengan trial pulak. Semoga dipermudah perjuangan menuntut ilmu anak-anak ibu.



0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!