Isnin. Hari yang sepatutnya dimulakan dengan semangat baharu, tetapi pagi ini saya mulakan dengan rasa geram yang arrghhh!!
Aduhaiii... baru pagi Isnin, mood dah ke laut!
Bukan sebab Monday blues. Bukan juga sebab kerja yang bertimbun. Saya dah cukup biasa dengan rutin kerja yang tak pernah habis. Tapi pagi ini, saya betul-betul rasa nak mengeluh panjang.
Sebabnya?
Tak apalah, biar saya simpan sendiri.
Permudahkan Urusan Orang Lain. Itu Sahaja.
Saya selalu percaya pada satu prinsip mudah dalam kehidupan.
Kalau kita tak mampu membantu memudahkan kerja orang lain, sekurang-kurangnya janganlah menambahkan kesusahan mereka.
Sifirnya mudah sahaja.
Kalau kita menghantar dokumen untuk disemak, pastikan dokumen itu lengkap dan tersusun.
Kalau kita menyediakan laporan, pastikan maklumatnya teratur dan mudah dirujuk.
Kalau kita sudah menerima teguran, ambil tindakan penambahbaikan.
Bukan susah pun, kan?
Bayangkan kalau semua orang mengamalkan prinsip ini. Berapa banyak masa boleh dijimatkan? Berapa banyak kerja boleh diselesaikan dengan lebih lancar? Berapa banyak tekanan yang boleh dielakkan?
Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan kerja sendiri sehingga terlupa bahawa hasil kerja kita akan melalui tangan orang lain pula.
Kerja kita mungkin sudah selesai apabila kita menekan butang 'Hantar', tetapi bagi orang yang menerima, mungkin di situlah bermulanya kerja tambahan yang tidak sepatutnya wujud.
Fikir-fikirkanlah.
Jadilah manusia yang menyenangkan urusan, bukan manusia yang menambahkan beban.
Itu sahaja.
Sekian luahan pagi Isnin daripada saya yang sedang cuba mengembalikan mood yang sudah ke laut sejak awal pagi tadi.
Semoga baki hari ini lebih baik daripada permulaannya.
Salam Isnin daripada saya. Kita sambung kerja, walaupun hati masih ada sedikit geram. Haha!
MimSphere | www.kakmim.com
Singgah, Baca, Komen

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!