Hari ini saya ambil cuti gantian. Ada lagi baki cuti daripada kerja hujung minggu yang perlu saya habiskan sebelum 31 Disember 2026. Masalahnya, minggu depan kelas sesi baharu dah mula. Kena pasang strategi sikit untuk atur kelas ganti lebih awal. Kalau jadual kelas dah tersusun, barulah senang saya nak habiskan baki cuti sebelum masuk tahun 2027.
Alang-alang cuti, saya pun pergi selesaikan bayaran cukai taksiran DBKU. Ingatkan bayar, ambil resit, lepas tu balik. Rupa-rupanya, yang bayar minggu ini boleh tuntut hadiah percuma. Eh, ada hadiah rupanya!
Sekali dah tuntut, dapatlah saya sekampit beras, 5kg minyak botol, tepung, gula, kicap, sos cili, sos tomato, meehoon, sardin tin dan 2 helai tuala. Daripada keluar rumah nak bayar cukai, terus balik dengan stok barang dapur. Beras dengan sardin tu pun dah boleh jadi menu bila malas nak fikir masak apa. Hihi.
Baldi pun dapat. Semua yang claim bawa balik sekampit beras dan sebaldi barang-barang dapur ni. Alhamdulillah
Rasa macam dapat rebat pula. Bezanya, kali ini yang bertambah ialah isi kabinet dapur. Barang-barang macam ni memang saya suka sebab semuanya boleh pakai.
Satu urusan dah selesai, siap ada hasil untuk dibawa balik. Siapa sangka cerita cuti gantian hari ini berakhir dengan sekampit beras?
Terima kasih, Sarawakku sayang! ❤️


0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!