Bila Jumaat Menjelma

Entah kenapa, masuk petang Jumaat je, terus rasa malas. Masa balik kerja tu, saya dah terbayang nak sampai rumah, tukar baju dan baring-barung main fon. Itu je rancangan saya. Kalau boleh, baring-baring tu pun jangan ada orang tanya, “Malam ni makan apa?” 😆

Sebab daripada semua kerja rumah, memasaklah yang paling berat hati nak mula. Baru fikir nak keluarkan ayam dari peti sejuk, terus rasa macam nak masuk bilik baring balik. Kalau ada lauk semalam, bukan main gembira. Panaskan, makan, selesai. Kalau tak ada, mulalah buka telefon tengok menu. Bab pilih nak makan apa tu, eh, rajin pula.

Yang kelakarnya, masa baring-baring tu saya masih boleh buat senarai dalam kepala. Kejap lagi nak lipat baju. Kejap lagi nak kemas dapur. Kejap lagi nak fikir makan malam. Tahu-tahu dah Maghrib, semua masih dalam kategori kejap lagi.

Esok pagi mungkin semangat tu datang balik. Tapi petang Jumaat ni, bagi saya lepak dulu. Pinggan dalam sinki tu saya dah nampak. Saya cuma buat-buat belum nampak. 😂


Korang pun macam ni ke petang Jumaat?


Kakmim | MimSphere

Singgah • Baca • Komen


Post a Comment

0 Comments