Dan esok Iman pun mula ujian bertulis SPM. Jadi, kami singgah kedai alat tulis untuk tambah stok pen dia. Asalnya nak beli pen untuk Iman. Sekali ibu pun tumpang pilih pen baharu. Siap warna-warni lagi!
Entah kenapa, seronok betul pilih pen. Mula-mula tengok warna biru. Lepas tu nampak warna lain yang cantik. Dalam hati dah mula fikir, Yang ni boleh guna tanda tarikh penting. Yang tu pula untuk tulis nota. Pandai betul cari alasan bila dah berkenan.
Esok, Iman nak guna pen baharu untuk jawab soalan SPM. Saya pula dah tak sabar nak guna pen baharu untuk tulis catatan pertama sesi ini. Lain urusan kami dua beranak, tapi sama-sama ada rasa nak mula dengan baik.
Selamat menduduki SPM, Iman. Ibu doakan Iman tenang dan dipermudahkan sepanjang peperiksaan. Untuk pelajar baharu yang mendaftar esok, selamat datang ke kolej! Kalau ternampak pensyarah teruja dengan pen warna-warni, mungkin itulah saya.
Korang pun ada tabiat beli alat tulis baharu setiap kali nak mulakan sesuatu, atau saya seorang saja?

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!