Sejak hari pertama SPM lagi, macam-macam yang dikecohkan oleh netizen. Bermula dengan jadual SPM yang padat, kemudian kecoh pula tentang soalan penjodoh bilangan dalam kertas Bahasa Melayu.
Semalam, kecoh lagi tentang dakwaan soalan Bahasa Inggeris ‘bocor’ kerana dikatakan sebijik seperti soalan kertas percubaan. Iman sendiri pun cakap dia pernah buat soalan tentang best friend tu. Entahlah, kita tunggu penjelasan pihak yang berkenaan.
Dalam pada netizen sibuk membincangkan macam-macam isu, Iman masih santai dan tenang di posisinya. Happy macam biasa, makan pun berselera. Malam tidur awal, kemudian bangun awal pagi untuk mengulang kaji pelajaran seperti biasa.
Setiap kali saya mengambilnya dari sekolah selepas selesai peperiksaan, perkara yang selalu saya ingatkan ialah...
“Move on, fokus untuk next paper!”
Apa yang sudah dijawab, biarkan berlalu. Tak perlu terlalu memikirkan jawapan yang sudah ditulis sehingga mengganggu emosi dan fokus untuk peperiksaan seterusnya.
Hari ini sudah masuk hari ketiga peperiksaan bertulis SPM 2026, dengan subjek Pendidikan Islam pula menyusul.
Semoga Allah memberikan idea dan ilham, menerangkan hati, menguatkan ingatan serta melancarkan urusan anak-anak Batch 09 dalam menjawab setiap soalan hari ini.
Teruskan berjuang, anak-anak. Satu demi satu, selangkah demi selangkah.
MimSphere | www.kakmim.com
Singgah, Baca, Komen

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!