Emosi Kerna Firaun

Saya perlukan motivasi kerana saya dapat merasakan performance kerja saya semakin menurun. Dengan kerja yang banyak, yang tak tau bila nak habis, saya semakin sukar untuk memberikan yang terbaik demi kepuasan diri sendiri. Masalah pengurusan juga menjadi faktor, saya semakin meluat dengan pemerintahan kuku besi Firaun di kolej saya ini. Ah, bosan! Malas nak fikir.

Apa yang selalu bermain di fikiran saya? Cuti cuti cuti. Besok saya berjaya mendapat cuti rehat daripada pemerintahan Firaun tetapi tu pun kena bagi bukti. Saya ambik cuti rehat sebab Iman ada appointment di SGH, bukannya cuti suka-suka berehat di rumah. Boleh pulak Firaun yang hatinya hitam penuh dengan hasad dengki mengatakan kami (saya la tu termasuk salah seorangnya) mintak cuti rehat dengan mengada-adakan alasan yang tak ada. Saya, memang ada bukti pun, fotostat jer kad temujanji klinik pakar SGH Iman. Nak sangat kan? Geram. Benci.

Wei, Firaun, mun aku sengaja nak cuti rehat sik aku nak mintak cuti ari Rabu. Pasya ari Khamis ngan Jemat turun agik. Pakei apa? Bagus aku ambik cuti ari Jemat then terus sambung Sabtu, Minggu. Baruklah cuti sakan. Ngokkk..! Dasar urang dengki nang gia. Bencik eh! Kawu lah penyebab demotivation tok semua. Kawu! Kawu! Kawu!

Takpe, hari ni Firaun takde, aman sikit. Besok Firaun ade, Saya tak ade. Haha. Confirm, mesti ada tu mengutuk saya dari belakang. Ala, Firaun, saya dah tau perangainya, suka tikam dari belakang. Masa orang takde masa tu la die nak smash orang tu habis-habis. Memang hati hitam tak berdarah. Oops.. terlebih sudah.

Sabarlah ye hati. Selepas besok, kita menghitung hari untuk cuti Good Friday plak ye. Sabar, sabar. Iman, Iman jugak yang best, takde masalah nak fikir. Walaupun muka serius, tapi hati tetap lapang. Alalala... rindunya Iman Ibu. Iman, Iman dah besar jangan kawan dengan anak Firaun ye. Hahahaha.....

Pic Iman Madihah masa pergi kenduri kahwin hari Sabtu lepas. Tengok air liur Iman. Hehehe.

post signature

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form