Follow Us @soratemplates

23/01/2011

Lelaki kendong handbag, perempuan lenggang kangkong

Hari Khamis yang lepas semasa saya lepak di LCCT menunggu flight nak balik ke Kuching, saya update status kat FB yang berbunyi:
kesian nangga urg laki ngembak handbag bini/tunang/gf..rempuan ya xda rasa bersalah kh?ooh la tedah..sampei juak rempuan ya..
Nak saya translate ke? Hmm..

kesiannya tengok lelaki yang bawak handbag bini/tunang/gf... pempuan tu takde rasa bersalah ke?
Lebih kurang macam tu lah selepas ditranslate ke BM standard. Tak sangka pulak status tu dapat respon dari member-member dan saudara-mara. Ada yang setuju, ada yang tak. Saya rasa mungkin ada yang terasa. Macam emo jer bagi respon. Tapi saya cuma menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati saya. Memang betul saya tak suka tengok lelaki bawak handbag, yang pasti mestilah bukan handbag lelaki tu sebab lelaki tak bawak handbag!

Situasi yang berbulu mata saya tengok di shopping complex atau di mana-mana ialah di mana couple tu takde bawak budak, ertinya tak kawen lagi (masih bercinta) atau belum beranak tapi lelaki bawak handbag pempuan. Isk isk isk... sayang sangat pun takkan ler sanggup bawak handbag. Kalau saya, no way lah, sekarang dah beranak pun saya tak suka kalau Ayah Iman nak offer tolong bawak handbag. Sebab tu saya prefer guna sling bag. Melekat jer kat badan. Tak perlu laki tolong bawakkan sebab biasalah budak-budak kadang-kadang meragam takmo Ayah, nak Ibu jugak.

Tapi ada jugak yang tolong bawak handbag sebab si pempuan dah bawak 'handbag' bernyawa. Tu lain cerita. Tak sama dengan kes pempuan melawa bergaya jalan lengkang kangkong sementara si lelaki yang hensem macho bergaya bawak handbag pink ropol-ropol. Kesian... memang kesian.


5 comments:

  1. lawak situasi ya ow..gerek kmk langsung sikmok mbak handbeg mek..wp mek suka2 nyakat nya tolong pegang kejap masa mok coba kasut ka..coba baju ka..hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehehe...handbeg pink ropol2..org laki ngembak, manakala rempuan lenggang kangkong..nang lawak jadi nya..;)

    ReplyDelete
  3. Kali hanbag ompuan ya berat glak kali, pa nya siap ngembak dak lesong batu dak k nimbang badan segala ndah dalam ya ekekek...

    ReplyDelete
  4. FnF, bagus embak storage box jak ke pasar ooh.. hahaha

    v, kesian aih..hehehe

    vivian, 2 org v eh...hehehe...bagus la jd independent kit nk? hihi

    ReplyDelete
  5. hubby mek akan tlg embak hbeg mek mun kmk mbak nabihah. depends juak la, mun kmk gik kongang nak nyangkut hbeg ke bahu, sik juak mek soh laki mek mbak.. hehehe...

    kmk inggar nangga org gik bergerek tp dah bagey org laki bini. org lain bergerak juak nak, tp ada batasan. hehe...

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥