Ada 1 Hari

Ada 1 hari dalam seminggu tu, kita memang malas-malas sangat nak masak. Eh. Tolak hujung minggu lah. 1 hari dalam 5 hari bekerja. Macam hari ni, lemau betul. Balik kerja terus rasa nak tidur. Padahal malam tadi dah tidur awal, pagi tadi pun bangun lambat. Tapi macam penat je. Hari tu pernah terbaca di medsos, ciri-ciri malas ni adalah simptom wanita 40-an. So normal lah tu agaknya. Bila sembang dengan kawan-kawan, mereka pun ada ciri-ciri malas melampau ni. 

Bila malas masak, request makan luar kat Encik Suami. Dia pun on je. Dia lagi suka, dia kata boleh la rehat, tidur awal. Saya pulak kalau rajin memang akan masak, bukan apa jimat sikit. 

Malam tadi saya masak. Selalunya hari Isnin memang rajin masak.

Teringin ikan masak asam bila tengok isteri Fizo Omar buat video masak ikan masak asam. Selalunya saya buat masak cuka. Kali ni try masak asam pulak, guna asam jawa. Not bad la. Guna ikan senangin je.

Oklah malam ni tak masak. Nak makan masakan orang lain. Malas.

 

Post a Comment

0 Comments