Hujung minggu je dapat sarapan di kedai. Hari kerja kita sarap depan pc je. Jimat masa bawak bekal dari rumah. Lepas sarap terus masuk kelas jam 8 pagi. Begitulah.
Er, hai semua!! Macam tak dapat nak curik masa update blog sekarang. Sebab tu lah jarang dapat bw sekarang. Tapi saya cuba jugaklah. Rindu nak baca update semua. Apalah khabar dapur kak SA, entah-entah nak nak siap renovationnya.
Biasalah hari Sabtu, hari tusyen bermula 8.30 pagi dan tamat 4.00 petang. Bak kata Encik Suami, macam tu la kot rasanya bawak grab. Haha. Ke sana ke mari ke sini balik. Hahaha.. jangan tak merasa. Nanti akan jadi kenangan kita anak-beranak hari-hari ke sana ke mari ni.
Apapun, sarapan mesti wajib. Mee Kolok Laila Cafe di Metrocity.
Roti bun kecik-kecik cili padi. Tak cukup 3 tapi nasib baik tak order banyak sebab mee kolok portionnya banyak!
Lama dah nak try meehoon manichai (meehoon goreng cangkuk manis) di Laila Cafe ni. Portion banyak jugak! Ayam banyak, sayur banyak. Sedap! Bawang goreng pun yang homemade dan rangup.
Full sangat sampai tak ambik lumch pun semalam. Balik rumah lipat kain sekejap, then mak bapak datang lepak di rumah. Bila mak bapak dah lepak rumah alang-alang ajak dinner di rumah sekali. Masak-masak dan makan-makan. Bila dah ramai-ramai dengan adik-adik memang tak pegang henfon la. Takde gambar-gambar masak-masak. Hehehe.
Korang pulak buat apa di hari Sabtu?



12 Comments
Sedap²nya makanan di Laila Cafe tu ... Kitorg duduk rumah je smlm, tak cukup korum nak outing pun.
ReplyDeleteEh ehhh nampak menariknya mee hoon dia.. kita suka mee hoon macam ni..
ReplyDeletefirst time tengok meehoon manichai, sarawak cuisine ni memang patut diperluas lagi lah dekat semenanjung. weekend saya dekat rumah je hehe
ReplyDeleteKmk org adik-beradik keluar lunch di restoran Sarawak Sabtu lepas 😄 dapat la merasa manok pansuh dgn umai versi moden hihi
ReplyDeleteComey roti tu sis =D
ReplyDeleteteringin nak try mkn mee kolok
ReplyDeleteDuuuuh saya rindu makan mi Kolok 😍😍. Belum bisa2 ke Sarawak, jadi biasanya makan mie Kolok yg di jual di KL dulu 😄
ReplyDeleteWeekend kami jarang breakfast kat luar... biasa breakfast kat rumah. Kalau keluar brunch atau late lunch.
ReplyDeleteDapur Kak SA dah siap lama dah...dah update dah pun..skrg tengah nak cantik2 kan aje...jemput la ke rumah akak tgok dapur baru...hahahahaha
ReplyDeleteHari minggulah hari untuk berehat makan di luar saja atau bungkus. Cuti masak gitu sebab hari-hari dah bertungkus lumus masak waktu kerja. Tempting tengok mi kolok tu. Comel je bunyi meehoon manichai tu. Pertama kali dengar menu tu. Mihun goreng campur sayur pucuk manis rupanya.
ReplyDeleteUniknya meehoon manichai tu.
ReplyDeletenampak sedap lembut bun tu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!