Sarapan Apa Di Hujung Minggu

Hujung minggu je dapat sarapan di kedai. Hari kerja kita sarap depan pc je. Jimat masa bawak bekal dari rumah. Lepas sarap terus masuk kelas jam 8 pagi. Begitulah.

Er, hai semua!! Macam tak dapat nak curik masa update blog sekarang. Sebab tu lah jarang dapat bw sekarang. Tapi saya cuba jugaklah. Rindu nak baca update semua. Apalah khabar dapur kak SA, entah-entah nak nak siap renovationnya.

Biasalah hari Sabtu, hari tusyen bermula 8.30 pagi dan tamat 4.00 petang. Bak kata Encik Suami, macam tu la kot rasanya bawak grab. Haha. Ke sana ke mari ke sini balik. Hahaha.. jangan tak merasa. Nanti akan jadi kenangan kita anak-beranak hari-hari ke sana ke mari ni. 
Mee kolok laila metrocitu
Apapun, sarapan mesti wajib. Mee Kolok Laila Cafe di Metrocity.

Roti bun kecik-kecik cili padi. Tak cukup 3 tapi nasib baik tak order banyak sebab mee kolok portionnya banyak! 

Meehoon manichai laila metrocity
Lama dah nak try meehoon manichai (meehoon goreng cangkuk manis) di Laila Cafe ni. Portion banyak jugak! Ayam banyak, sayur banyak. Sedap! Bawang goreng pun yang homemade dan rangup. 

Full sangat sampai tak ambik lumch pun semalam. Balik rumah lipat kain sekejap, then mak bapak datang lepak di rumah. Bila mak bapak dah lepak rumah alang-alang ajak dinner di rumah sekali. Masak-masak dan makan-makan. Bila dah ramai-ramai dengan adik-adik memang tak pegang henfon la. Takde gambar-gambar masak-masak. Hehehe.

Korang pulak buat apa di hari Sabtu?




 

Post a Comment

1 Comments

  1. Sedap²nya makanan di Laila Cafe tu ... Kitorg duduk rumah je smlm, tak cukup korum nak outing pun.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!