Alhamdulillah, tahun ke-11 berkongsi birthday bersama si bongsu, Idlan. Happy birthday Alan! Walaupun hari ni dah hari ke-11 dalam bulan Ogos, update tetap kena update. Better late than never kan? Almaklum start dari bulan lepas memang agak busy sikit. Kerja hakiki, kerja sampingan, kedua-duanya menuntut masa yang kadang-kala rasa tak cukup 24 jam.
Macam biasalah, tiada sambutan, cuma makan-makan sekeluarga itu wajib. Malam sebelum birthday (1 Ogos) mak ajak makan di rumah. Mak masak. Terima kasih mak. Walaupun dah 45 tahun tetap jugak mak masak untuk anak mak ni.
Hari sebenarnya pulak, kami makan di Sushi King. Sebab memang agak lama jugaklah tak ke SK. Macam biasalah kami ke SK legend favourite kami, sebab dari semua #theIMANs kecil memang selalu ke SK di The Spring. Siap ambik gambar mereka berempat yang macam tangga lagi di depan SK. Kononnya boleh la bandingkan ketinggian mereka berempat. Hahaha.
Semestinya RV kegemaran Alan
Nak beli choc burn cheese cake sebab mak suka, tapi tak ada stok pulak. Beli lah Boston choc, sedap jugak lah.
Birthday boy & girl bersama kek masing-masing. Sekarang dah takde dah nak custom cake, tak macam diorang kecik-kecik dulu. Sekarang senang beli di SR je.
Sebenarnya masih trauma nak mengAIkan gambar, tapi AI jer lah. Hmm. masih tak serik eh? Isk.. isk.. Hari tu masa blog 'hilang' sekejap, saya ingatkan sebab saya banyak AIkan gambar #theIMANs, sebab tu lah blogger nak review blog ni. Nasib baiklah dapat semula kan?


10 Comments
Happy belated birthday buat keduanya. Semoga yang baik2 mengiringi.
ReplyDeleteBelated Happy Birthday KakMim dan Idlan. Semoga kedua-duanya dipanjang umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan, terus berjaya dan bahagia. Aamiin...
ReplyDeleteBila birthday ni, makan-makan tu wajib. kann...
Tulah tu, sekarang terus beli kek kedai kek je senang.
Rasanya haritu macam random je kot. Tak ada kaitan dengan AI kot kan KakMim.
Syukur dah dapat kembali blog masing-masing.
Selamat hari jadi untuk emak dan anaknya...moga sihat dan ada keberkatan panjang umur hendaknya
ReplyDeleteHappy belated birthday kak dan Alan 🎉🎉🎉🎂. Mudah saja kalau ulangtahun berdekatan kan. Disatukan langsung 😄
ReplyDeleteSR cake nya memang sedap lah. Sayapun masih sukaaa rasa cake dia.
Mak kakak macam mama saya juga. Siapapun yg sedang ulang tahun, pasti mama akan masak. Tumpeng nasi kuning, atau makanan favorit anak2nya 😄
Happiest belated birthday Kakmim dan Alan.
ReplyDeleteHepey belated birthday mim Dan Alan. Semuga dipermudahkan urusan.
ReplyDeletehappy belated beday kakmim dan alan.
ReplyDeletemay all your dream and wish come true. fly high~
eee sukanya kek.
happy belatad birthday buat kalian. wahhhhh share tarikh. bestnya
ReplyDeletesanah helwah to both mommy and son! may Allah bless both of u always
ReplyDeleteWow ibu Dan anak share birthday. Semuga kalian berdua Allah lindungi Di mana jua berada Dan semuga Allah permudahkan urusan kalian berdua. AAMIIN
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!