Alhamdulillah, setelah mendapat sepasang anak, seorang puteri dan seorang putera, ramai yang menjangkakan saya akan merancang untuk mendapatkan anak yang ketiga. Ya, sebenarnya ya, mungkin berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan berpendapat sebegitu.
Soalan daripada seorang rakan lelaki, "mesti ko akan 'stop' dulu lepas ni kan? Hahaha... macam aku lah, dah dapat sepasang, rehat jap"
Sebetul nya macam tu lah, saya dan Ayah Iman pun nak merancang lepas ni nak jarakkan sedikit untuk dapatkan bakal adik Irfan, tapi kalau dah rezeki tu, terima je lah.
Kata nak merancang, tapi saya tak ambil atau guna 1 pun kaedah perancang keluarga yang disyorkan oleh pengamal perubatan. Sebelum cik P mula menjengah, saya tak risau sangat, tapi bila cik P dah datang balik, risau ler jugak. Nurse bagi pil, tak makan, sebab malas nak kacau hormon dalam badan sebab masih lagi nak bf Irfan. Mungkin tak menjejaskan pengeluaran susu, sebab memang ada pil yang dos rendah, tapi dah namanya dos rendah, baik tak payah makan kan? Sebab tu lah saya gali semula ilmu-ilmu biologi yang pernah kita belajar masa sekolah menengah dulu, perihal kitaran haid. Lupa dan keliru pulak bila dah nak jadi makcik-makcik comel ni. Hehehe.
Sebelum tu kita kena faham dulu apakah kitaran haid seorang wanita?
Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung
dan moody. Ini menandakan permulaan kitaran haid kamu, iaitu
apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap
bulan. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang
lain.
Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.
Apakah yang terjadi setiap bulan semasa
kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period kamu, otak kamu akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.
Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus
kamu sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang
kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan
lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah
bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini
akan runtuh. Period kamu akan bermula apabila lapisan yang telah
pecah ini melalui serviks kamu dan terus ke vagina.
Sumber: Kotex Malaysia
Info yang lebih lanjut dan terperinci untuk mengetahu cara menentukan masa subur wanita boleh dibaca di blog Dr Zubaidi Hj Ahmad
Oleh itu, bagi mereka yang berniat untuk merancang keluarga tetapi enggan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang ada di pasaran, adalah sangat penting untuk mengetahui dan mendalami ilmu-ilmu biologi seperti ini. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, terlajak perahu boleh diundur. Hahahaha.
kitaranku x stabil.. maka kaedah ini TIDAK releven bagi saya..kang terlajak menda lain..hehe
ReplyDeleteMiss P lum gik nyerang kmk. Takut juak tok, takut "jadi". hehehhe..
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletekamek pun sama ..
nang langsung x pernah ambik apa2 kaedah perancangan since dolok..
now anak mek 5 tahun..
try to conceive since nya umur 3 tahun ria..sampe kinek tok blom jadi..huhuhu...