Follow Us @soratemplates

13/08/2020

Kek Lapis Masam Manis


Kek Lapis Masam Manis. Bagi penggemar kek lapis Sarawak, familiar kan nama kek lapis ni? Kek ni dilapis dengan manisan haw flakes, sejenis manisan yang masam manis gitu rasanya. Kalau kecik² dulu kitorang panggil manisan ni manisan belacan. Hehehe. Tak tau lah kenapa tapi memang begitulah namanya ๐Ÿ˜‚

Sejak berfamili, beranak-pinak saya memang jarang melapis kek. Selalu order jer. Kalau nak buat kek, kek yang jenis sekali harung je yang main kukus tu.  Tapi bila PKP hari tu, dah takde buat apa kan kat umah, tetiba datang mood rajin nak buat kek lapis. Tu lah antara kek lapis yang saya buat masa hari raya hari tu.

Kalau tengok resepi, ada yang dah modified kaler kek lapis ni tapi saya tetap setia takmo curang resepi still guna kaler yang sama. Kuning dan hijau.

Macam kaler bendera negeri Kedah kan? Kebiasaannya resepi-resepi otai zaman dulu² memang guna kaler hijau dan kuning. Mungkin zaman tu takde pewarna lain kot. Kaler tu jer yang senang dapat, bukan macam sekarang ada purple, biru, pink, turqoise lah.

Lepas lapisan kek masak barulah kita susun manisan tu satu-satu macam kat atas ni. Kalau nak susun rapat pun boleh. Ni saya buat penjarakan sosial sempena PKP hari tu kan? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Eh, takdelah sebab takut manisan tak cukup, beli 2 bungkus jer. Sekali berlebihan jugak.

Inilah buah manisan hawflakes tu. 

Bungkusannya macam ni.

Satu lagi kek yang guna manisa haw flakes ni ialah Kek Lapis Sisik Ikan tapi ia guna haw flakes yang segiempat tepat bukan jenis yang bulan ni. Tapi kek tu saya tak pernah buat lagi sebab tak reti nak jadikan macam sisik ikan tu. Tapi sisik ikan serious lagi sedap daripada kek lapis masam manis ni. Harga pun boleh tahan jugaklah kalau jenis yang premium.

Mesti pelik kenapa ada premium pulak kan? Kalau premium ni bahan-bahan pun premium jugak, guna butter mahal. Kalau yang rm10 tu guna marjerin je. Sebab tu orang Semenanjung pelik kenapa ada kek lapis yang sampai beratus-ratus harganya, sebab bahan-bahan ni lah. Kalau premium memang lah lagi sedap setanding dengan harganya. Hanya orang Sarawak jer tau menghargai kek lapis premium, kot. Rasanya memang tak sama dengan yang rm10 tu. Hehehe.

Oklah... short cut story ini resepinya ye:

KEK LAPIS MASAM MANIS

Tempoh penyediaan : 45 minit
Tempoh memasak : 4 jam
Size loyang: 8x8
.
Bahan-bahannya:

1 tin mentega
300 gm gula kastor
300 gm tepung biskut marie
10 biji telur Gred A (asingkan putih dan kuning)
1/2 tin susu pekat
Manisa Hawsflakes secukupnya
Esen vanila
Pewarna hijau
Pewarna kuning


Cara-caranya:


๐ŸŒธBahan A


Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Betul² kembang tau.... Mcm bertanduk gituu... (tips penting, bekas mesti betul² kering, dan jangan ada kuning telur langsung)


๐ŸŒธBahan B


Pukul mentega dengan kuning telur hingga sebati,
Masukkan esen vanila dan susu pekat.


๐ŸŒธSatukan Bahan A dan Bahan B sampai sebati kemudian masukkan tepung biskut marie sikit demi sikit.


*Timbang adunan dan bahagi dua*


๐ŸŒธAsingkan dua bekas sama banyak. Satu pewarna kuning dan satu pewarna hijau.

๐ŸŒธSapukan sedikit mentega pada loyang (bahagian bawah sahaja) kemudian masukkan adunan hijau... Kukus/bakar lebih kurang 15 minit. Kalau bakar, guna oven api atas sahaja.

๐ŸŒธMasukkan adunan kuning. Kemudian kukus lagi 15 minit. Kalau bakar, sehingga lapisan kek tu kuning keemasan.

๐ŸŒธAtas lapisan kuning, susun Hawsflakes kemudian baru lapisan adunan hijau.

๐ŸŒธUlang sampai adunan habis ๐Ÿ˜‰


  • Untuk setiap adunan, saya tetapkan 6 lapisan sahaja. So total adalah 12 lapisan
  • Letak hawsflakes selepas pada 1 lapisan saja (dah pernah cuba letak setiap layer, manissss sangat² keknya, so selang seli ye)
  • Setiap layer dikukus lebih kurang 15 min dan ditutup dengan aluminium foil. Lepas kukus, tekan² kan sikit. Kalau bakar pun sama, kena tekan dulu selepas layer tu masak supaya layer tu tak tertanggal semasa memotongnya nanti.
So, apalagi. Try lah, resepi asal memang kukus tapi yang saya buat kat atas tu main bakar jer. Sonang. hehehe.

2 comments:

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥